Ini naufal dengan uniform sekolah cendiakawannya semalam dia complaint bila nak belikan kek harijadinya sebab boleh dikatakan hari hari bila balik dari sekolah dia akan bawa balik beg goodies sempena harijadi dari kawan-kawannya so bila pula dia boleh potong keknya.Saya menerangkan hari jadinya lama lagi tapi dia tak faham.Nampaknya terpaksalah menjawab soalan yang sama sampai bulan oktober setiap kali dia dapat goodies beg nanti,sabar jelah. Naufal ni suka berangan sekejap jadi ultraman sekejap jadi pari-parilah princess pun boleh juga itu yang memeningkan abang nabilnya.Harapan saya sifat suka berangannya ini adalah sementara saja ,mungkin ini juga adalah salah satu peringkat dari proses pembesarannya. Antara anak lelaki saya naufal seorang saja yang panggil bapanya ayah abang-abangnya panggil abah tak tahulah macamana boleh jadi macam tu,dia juga merupakan kesayangan ayahnya.Kawan dan musuh cik ochu(sepupu saya yang tinggal dengan saya)kalau cik ochunya ada rumah asyik bergaduh tapi kalau cik ochu balik kerja lambat atau tiada dirumah asyik tanya je cik chu pergi mana mak.Pada 18/04/2009 ni ada photoshoot dengan jurugambar professional(Adinang) untuk naufal harap semuanya berjalan lancar.Hasil photoshoot nanti akan saya ceritakan disini nanti so tungguuuu ya
Mencari Redha Allah
-
Terima kasih atas perkongsian, juga pesanan buat diri sendiri..
[image: May be an image of 5 people, grass, road, mountain and cloud]
Bbrp kali sy tgok ...
1 week ago
No comments:
Post a Comment