Monday 5 July 2010

Hari Mak Dan Adik

Music Carousel Idaman Kalbu




Emak dia punya,dia yang tangkap syahdu layan Music Carousel tu


Pashmina corak Paisley




Himpunan Fridge Magnet yang dibeli.


Semalam adalah hari berjalan sedunia bagi saya dan family,bermula dari pukul 10.00 pagi saya keluar rumah dan hanya pulang dan sampai kerumah semula pada pukul 9.00 malam.Destinasi kami yang pertama ialah Central Market(Pasar Seni) tujuannya ialah nak ambil T.shirt yang ditempah oleh anak bujang saya yang sulung.Kononya T.shirt kumpulan mereka,biasalah budak-budak zaman sekarang kan ada T.shirt untuk group sendiri .

Since dah sampai Pasar Seni tu,ronda-rondalah sekali kat dalamnya .Saya memang suka pergi Pasar Seni ,seronok tengok barang-barang yang dijual.Bestnya semalam hubby telah belikan saya 2 helai Pashmina.Sebenarnya sebelum ini saya pernah ternampak satu design pashmina yang saya minat.tapi masa itu saya hold dulu nak beli kononya ronda-rondalah dulu,sudahnya terleka lepas beli barang lain terus balik dah sampai rumah baru teringat balik.So bila dah datang semula kesini cubalah pergi intai-intai kot-kot pashmina design yang saya suka still ada.Dah rezeki kot,design tu still ada lagi,jadi dapatlah saya belinya dua helai.Saya ni memang fanatic habis dengan design Paisley ini.Tak boleh tengok design lni mesti nak beli.Baju-baju saya pun banyak coraknya dari design ini.Even all the cousin and member di office pun dah tahu kesukaan saya ini.Nak tahu design paisley macam mana tengok Sini(Paisley)

Saya juga mengila beli fridge magnet di Pasar Seni,terdapat bermacam jenis fridge magnet yang menarik ada dijual disini.Banyak jugalah saya beli, itu pun hubby belanja juga.Saya juga membeli kipas tangan untuk menambah koleksi kipas tangan saya yang sedia ada.Well saya dan cousin-cousin kalau pergi kenduri-kendara mesti bawa kipas tangan sebab tak tahan panas.Sebab itulah saya kena simpan kipas tangan banyak untuk buat koleksi.

DariPasar Seni kami sekeluarga menuju pula ke Jaya Jusco(Apha Angle)Wangsa Maju.
Tujuan kami ke Jaya Jusco pula ialah untuk membeli baju panas untuk sibongsu Naufal ,kenapa nak beli baju Panas ? tunggulah je lah saya akan ceritakan Insyaallah dientry saya minggu depan kot he he.Tujuan saya yang kedua ialah untuk membeli cekak rambut saya dikedai Miss T(dulu dikenali dengan nama Maggie T).Tak tahulah mungkin saya yang cerewet sangat kot,bagi saya cekak rambut yang sedap dipakai hanya ada dijual dikedai itu .Kekwat sungguh no he he.

Jadi saya telah membeli lima buah cekak untuk simpanan..Dari kedai Miss T,saya singgah pula ke kedai Lovely Lace untuk tengok Music Carousel.Sebelum ini saya pernah bercadang nak beli Music Carousel ini di Lovely Lace Alamanda,malangnya mereka tidak menjualnya .Disitu hanya untuk display sahaja..Saya bernasib baik sekali lagi kerana Music Carousel di Lovely Lace Alpha Angle bukan untuk display sahaja ada juga untuk dijual.Ini telah menambahkan keseronokkan dan kegumbiraan saya semalam,Encik hubby sekali lagi telah bersetuju membelikannya untuk saya.Dialog yang diucapkan olehnya ialah “kalau dah berkenan tu beli je lah”.sambil dihulurnya duit.,so apalagi bak kata orang Pucuk Dicita Ulam Mendatang.Dah habis beli apa yang dihajati kami pun menjamu selera sekeluarga di Kedai namanya “Resepi Rahsia”.

Dari Jaya Jusco Alpha Angle kami menuju pula kerumah nenek di Gombak Setia,kami biasanya akan pergi kerumah nenek ni sekurang-kurang 2 kali sebulan. Kebetulan pula Pak long dan Mak long juga singgah rumah nenek sebelum pulang ke Sungai Petani.Tujuan kerumah nenek juga adalah kerana saya nak ambil biskut Sweet Honey yang ditempah dengan maklong.Semuanya kawan-kawan di office yang order.Selepas menghabiskan masa lebih kurang 2 jam setengah dirumah nenek. Saya bergegas pula pulang ke Putrajaya semula untuk pergi hospital bagi melawat cucu saudara yang masuk ward kerana kena Fit akibat demam panas.

Di hospital Putrajaya pula kami telah meluangkan masa selama 1jam, ialah melawat orang sakit bukan boleh lama-lama sangatkan.Hubby juga telah membeli Pau dan Waffel di kafetaria dalam hospital untuk dibuat makan malam,tapi saya tetap suruh hubby belikan juga nasi ayam untuk saya.Saya tak jumpa nasi satu hari mana boleh mesti nak nasi juga.Sepatutnya lepas pergi hospital haruslah terus pulang kerumah kan, sebab hospital dekat dengan rumah..Tetapi kami pula tetap meneruskan perjalanan ke Alamanda pula sebab hubby nak bayar duit rumah di Ambank,yang sulung nak gunting rambut,Nabil dan Naufal tak kesah ikut aje,saya pula nak cari sandal dikedai kasut "Clarks".Sampai di Alamanda kami berpecah ke tempat tujuan masing-masing kecuali Naufal yang ikut saya.Saya ada jumpa kasut yang berkenan tapi size dah habis,so saya kena order dan tunggu untuk 3 hari baru boleh dapat sandalnya.Sandal tu kena bayar sendirilah sebab hubby tak ikut masuk kedai tu.Lagipun segan nak minta lagi dengan hubby sebab hubby dah dok perli hari ini "Hari Mak dan Adik" sebab semua barang-barang yang dibeli kena mengena dengan kami berdua.

Nak selit sikit cerita kisah dalam kedai kasut, masa saya dok leka try-try kasut sandal,saya ada terbau kaki yang tak enak,saya ingatkan mesti bau kaki ada seorang pemuda dihadapan saya sebab dia pun sedang try kasut.Masa itu pula adalah anak saya yang bongsu tu bertanya saya "ada tak kaki yang berbau manis mak." berderau darah saya dengan soalannya itu.Ialah takut-takut ada yang terasa hati nanti.(nanti kita sambung balik ceritanya).

Selepas dah selesai semua urusan di Alamanda kami sekeluarga pun akhirnya pulang kerumah .Letih sungguh rasanya badan,(sambung cerita tadi balik)sewaktu saya buka pintu rumah saya masih terbau bau yang tak enak di kedai kasut tadi.Siapa yang kakinya bau masam ni.Naufal terus jawab "kaki adiklah mak.""kan adik tanya tadi boleh tak kaki berbau manis". Saya dan Nabil tergelak besar, Naufal punya hal rupa-rupanya.Mati-matilah saya ingatkan kaki pemuda dihadapan saya semasa dikedai kasut tadi.Rupa-rupanya kaki pemuda kenit yang mengikut ku kehulur-kehilir.Nampaknya kena bagi tahu En hubby Naufal pula kena beli sandal baru.

Kami sekeluarga tidur awal semalam kerana kepenatan yang amat sangat ,tapi lutut saya tak sakit pula semalam.,walaupun banyak berjalan.Cuma tangan saya yang sakit,tapi tak boleh komplen sebab semuanya barang -barang yang saya pegang semalam adalah barang -barang sendiri.Nak cakap banyak karang kena perli pula dengan En.hubby sebab semalamkan hari saya dan Naufal wink-wink :-)

Fuuh itulah keseluruhannya akttiviti jalan-jalan kami sekeluarga semalam,penat tak mebacanya.He he kalau penat pergilah cari air minum.Byeee

2 comments:

  1. seronoknye jalan2...
    kaki berbau manis?? mcm mane bau manis tu naufal??
    haa... tang cekak best tu, mmg kat situ je cekak yang best utk dipakai..hehe

    ReplyDelete
  2. sehari berjalan takpe, practise2 nanti nak jalan2 lagi weekend nih..wink-wink!

    ReplyDelete