Entry kali ini bagi membalas balik tagged Cousin saya
Su(Ochu)mengenai mimpi yang pernah dialami.Mimpi orang kata mainan tidur,tulah kalau dah masa tidur tu tidurlah je lah kan ni nak main juga tu yang mimpi macam-macam tu.
Mimpi banyak kali berlaku dalam kehidupan saya,bagus sebenarnya kan,kalau tak pernah mimpi langsung masa tidur macam tak normal jelah hidup ini.Dalam banyak-banyak mimpi yang masih jadi ingatan saya hingga sekarang ialah mimpi yang saya alami pada tahun 2004.Mimpi saya itu kononya saya berada ditepi laut,orang masa itu sangat ramai ditepi laut,tapi masa itu semuanya memakai baju putih seperti jubah,cuacanya pula mendung sangat seperti nak hujan.Tiba-tiba ombak yang sangat besar datang semua orang-orang itu ditelan ombak itu.Suara-suara manusia yang ditelan ombak itu sangat sayu didengar.Perasaan masa itu didalam mimpi mungkin inilah yang dikatakan hari kiamat.Bila tersedar dari mimpi saya termenung jugalah memikirkan maksud mimpi saya itu.Sambil menaip entry ini masih boleh terbayang-bayang dashyatnya mimpi saya itu.Yang pasti seminggu selepas itu Tsunami melanda Acheh dan tempat-tempat lain.Hmm mungkin kebetulan sahaja keadaanya hampir serupa dengan suasana dalam mimpi saya itu.
Mimpi yang kedua yang masih menjadi ingatan pada saya ialah mimpi gigi patah lihat
MIMPI GIGI PATAH .Itu lah kadang-kadang mimpi ini macam nak beri kita petanda sahaja.Tapi sebagai umat islam janganlah kita percaya dan taksub dengan mimpi-mimpi kita kan.Cuma kadang-kadang bila kita mimpi dapat pergi ketempat yang best-best,yang perlu kumpul banyak duit baru boleh sampai ok juga kan.Walaupun perjalanan itu hanyalah dalam mimpi sahaja hu hu.
Nantilah may be one day saya akan ceritakan pula pengalaman mengalami gegaran gempa bumi di Putrajaya,takut pun ada kelakar pun ada bila diingatkan balik:-)
yeay....
ReplyDelete