Friday, 16 July 2010

Sound of Music





Actually ini cerita minggu lepas tapi baru sempat nak cerita dan rasanya mesti nak cerita juga.Saya adalah orang yang selalunya terakhir balik dari unit tempat saya bekerja,sebab tunggu hubby datang ambil, sambil-sambil tu buatlah kerja yang tak sempat siap. Biasanya yang balik lambat ialah saya,Penolong Pengarah Puan Sofiah dan my Big Boss tapi dialah yang paling kecil orangnya di office iaitu Puan Nur Ezwin (Ketua Penolong Pengarah).

Tapi hari Jumaat itu saya dan Puan Ezwin je yang tinggal,masa saya tengah blogwalking di cubicle saya,tiba-tiba telinga saya terdengar suara kawan-kawan saya dari cerita Sound of Music menyanyi.Maka tercari-carilah saya dari manakah datang suara itu.Rupa-rupanya suara-suara itu datang dari bilik my KPP(Puan Nur Ezwin).Saya pun terus kebiliknya dan nyanyi sama he he,saya menerangkan kepadanya cerita Sound of Music ialah cerita kegemaran saya dan cousin-cousin perempuan masa kecil-kecil dulu,sampai berebut-rebut nak jadi watak kanak-kanak dalam cerita itu.
Puan Puan Nur Ezwin pun rupanya dengan adik-beradik perempuannya pun begitu juga.Well agaknya sebab kami berdua berasal dari Gombak so aura kami minat kepada benda yang sama he he.Even tempat makan pun kebetulan suka tempat yang sama di Gombak tu.

Puan Nur Ezwin siap beli DVD yang original lagi,may be dia beli di Switzerland sebab dia dan the whole familynya memang baru balik dari sana.Seronok pula kami berborak,dia menceritakan hubby dia pun hairan bila tengok dia asyik dan leka masa tengok cerita ini Apalah yang sedap sangat cerita ini kata hubbynya.Itu dia,saya ini pun ada vcd cerita ini,kononya nak suruh anak-anak tengok,cuma saya tak sedar masa itu anak-anak saya kan semuanya lelaki,so keterujaan menonton cerita ini tentulah totally different dengan budak perempuan kan.Nak buat macamana maknya jugalah yang nampaknya yang tetap melayan cerita ini sampai tua.Hari Jumaat tu Puan Nur Ezwin balik awal sikit dari saya,masa nak balik tu siap nyanyi lagu "So Long, Farewell" masa lalu kata tempat saya.Oh Ya Puan Nur Ezwin ni mengandung 7 bulan,anak pertama pula tu comel sungguh melihatnya masa dia nyanyi lagu tu siap buat step menari lagi tu he he.

P/S:kami di office memang close dengan boss siap boleh-boleh peluk-peluk kalau yang sama muhrim,tapi kami tetap hormat boss kami.

4 comments:

  1. Hidup GombaK!!
    Puan Ezwin tu tgk tak chitty2 bang2
    :)

    ReplyDelete
  2. ochu,
    kak jana dah lupa lah chitty 2 bang 2

    ReplyDelete
  3. chitty2 bang2 pun best sangat...
    hidup gombak.. btw mak jana, kedai yang puan nur ezwin (gaya anyah sebut name bro) tu kedai ape?

    ReplyDelete
  4. kedai apa lagi rosfatimah lah he he

    ReplyDelete