Gambar-gambar ini tak boleh lawan kamera Ochu dan Ida(Ura) Yang Canggih tu
Minggu Yang lepas saya dan family telah pergi ke Cameron highlands bersama dengan family cousin saya Ochu.Percaya tak inilah pertama kali saya pergi ke Cameron Highlands disepanjang hidup saya.Bukan tak pernah ada orang yang ajak pergi sebelum ini,malahan ramai sebenarnya,tapi belum terbuka hati kot masa itu nak pergi.Bila Ochu ajak saya dan family pergi,tergerak pula hati saya masa itu setuju nak pergi.Mungkin masa itu lebih fikirkan anak-anak kot.
Takut juga lepas ini akan jadi lagi cerita bila cikgu tanya siapa pernah pergi Cameron Highlands anak saya tak boleh nak angkat tangan sebab mereka tak pernah pergi he he.Seperti selalu kalau kita tak merancang sangat biasanya jadi sahaja niat nak pergi ke sesuatu tempat itu.Kami keluar dari rumah lebih kurang pukul 9.30 kerana perlu pergi ke sekolah anak yang sulung dulu untuk ambil kad kemajuan.Perjalanan untuk menuju ke puncak Cameron Highland itu berjalan dengan lancar,walaupun kepala agak mengong sikit almaklumlah jalannya kan berpusing-pusing.Nasib baiklah tak ada yang muntah.
Kami sampai ditanah rata lebih kurang pukul dua petang tetapi kami tak terus ketempat penginapan .Ialah masa itu perut lapar minta diisi,so kenalah singgah tempat jual makanan dulu .Kami makan disuatu gerai bersebelahan dengan stesyen bas.Enak juga makanan yang dijual walaupun lauk-lauk yang dijual sebenarnya tak banyak pilihan pun.Encik Hubby pilih masak Asam Pedas dan saya pula pilih kari ayam.Mungkin faktor kelaparan yang teramat sangat menyebabkan kami rasa sedap sungguh Asam Pedas Ikan Pari dan Kari Ayam dikedai itu he he.Selepas makan tengah hari(walaupun dah jadi makan petang sebenarnya pun)sebab selesai makan je bila tengok jam tangan betul-betul dah pukul 3.00 petang.Saya sempat lagi beli jagung rebus 2 biji dan jagung bakar 6 biji.Budak yang jual jagung tu berkata nama jagung tu ialah jagung Mutiara,keseluruhan 9 biji jagung itu saya bayar dengan harga RM27 ringgit(terasa mahal pula).Tapi jagung itu rasanya memanglah amat marvelous.
Kami sampai ditempat penginapan kami yang namanya Apartment Sri Intan lebih kurang pukul 3.30 petang .Apartment itu kepunyaan Syarikat Telekom Malaysia.Oklah besar apartmentnya ada 2 bilik,satu bilik untuk Pak lang dan Maklang dan satu lagi bilik untuk family saya.Tapi anak-nak bujang saya tidur diruang tamu sahaja.Bilik bilik disebelah kami adalah bilik keluarga BFF my cousin Ochu namanya Ida Anura.Pada waktu petangya dalam keadaan yang hujan lebat family saya,family cousin and family Ida tetap juga keluar untuk pergi ke Taman Strawberry and taman bunga-bungaan di Brinchang,kami bergerak berkonvoi 6 buah kereta kesemuanya.
Tempat yang kami pergi tu berbumbung so tak lah basah and hujan pun sebenarnya dah mulai berhenti masa itu.Boleh dikatakan tempat yang kami pergi itu semuanya bertangga-tangga dari satu tempat kesatu tempat,jenuh jugalah berjalan.Tapi I respect dan salute sungguh dengan family bff cousin saya Ida,sebabnya emaknya sentiasa happy dan larat turun naik tangga dengan adik beradik Ida.Kami ini akhinya mengaku kalah juga cari kerusi dan tunggu ditepi sahaja.
Bunga-bunga disitu memang cantik sangat,masa kami banyak dihabiskan dengan mengambil gambar.Apa lagikan itu sahaja aktiviti yang paling penting kalau kita pergi jalan-jalan ni. Pulang dari tempat itu kami pergi pula pergi ke ladang Teh dan duduk minum teh dikedai yang terdapat disitu.Hubby pilih jenis teh yang dipanggil Masala Teh.Anak-anak saya tak berapa suka rasanya,tapi untuk saya rasanya ok sahaja.
Malamnya pula hubby,anak-anak dan cousin saya keluar balik dari tempat penginapan untuk beli makanan,tapi saya maklang , paklang dan sibongsu tak keluar pun,kami duduk di apartment sahaja.Pak lang saya pula tiba-tiba kena ghout(mungkin ada yang tersilap makanlah tu)lututnya bengkak.Malam itu pula saya tak berapa tidur lena sangat, sebabnya bising dengan suara cousin saya Ochu dan anak saya Nabil yang tengok bola perlawanan antara Jerman dan Uruguay.Channel yang dapat untuk menonton bola ialah TV1(habis sampai baju pengulas sukan masaa itu pun diaorang ni komen)baju Kot biru sepasang dan tie hijau.Saya pun ada tengok sekejap masa itu(memanglah tak sesuai pakaiannya)
Keesokan harinya kami tak berkonvoi dengan family Ida sebab kami nak terus check out dari hotel pagi itu .Family Ida pula nak jalan-jalan dahulu baru chek out.Lepas check out je,kami pun pergi breakfast di Tanah Rata.Selepas sarapan pagi kami meneruskan perjalanan ke Sungai Palas untuk beli sayur-sayuran dan bungaan.Perjalanan ke Sungai Palas agak jammed tapi kerana ini adalah pertama kali kami pergi ke tempat itu,so kena bersabar je lah.Disana kami membeli sayur-sayuran,buah-buahan dan bermacam jenis bunga.ramai juga orang disitu ,tapi cuacanya seperti yang saya katakan sebelum ini tak berapa sejuk pun.Dari situ kami pun turun semula untuk singgah ke satu tempat yang dinamakan Galleria Time Tunnel,cousin saya Ochu yang beria-ia sangat nak pergi ke tempat itu.Kami ini mengikut sahaja.
Di Time Tunnel itu ada apa ya? he he disitu sebenarnya diletakkan barang-barang lama yang kita susah nak jumpa lagi sekarang ini.Ok jugalah dapat lah anak-anak saya melihat rupa Tin Planta,Milo hinggalah ke tin Susu Lactogen, packaging yang dulu-dulu. Even ubat gigi lama pun ada.Mereka nampaknya seronok jugalah disitu.
Dari situ kami meneruskan perjalanan untuk pulang kerumah,tapi sebelum itu kami singgah ke Lata Iskandar dulu untuk beli Buah petai he he.On the way back seronoklah juga tengok rumah-rumah orang asli.Sakit kepala sebab pening rasanya lebih ketara masa perjalanan turun balik.Sebab waktu balik kereta bergerak lebih laju dari perjalanan waktu datang.Bila saya tanya pada anak-anak mereka lebih suka pergi Genting Highlands ke atau Cameron Highland.Spontan jawapan dari mereka ialah Genting Highlands dan kalau tanya saya pula, saya pun akan jawab yang sama juga .Kenapa, sebabnya saya rasa Genting Highland lebih sejuk dari Cameron Highlands and Perjalanan Ke Genting Highland tak memeningkan kepala sangat macam ke Cameron Highland ni.Saya dan anak kedua saya sependapat mungkin inilah kali pertama dan terakhir kami datang kesini.Sempat juga saya berlawak dengan anak saya,tak tahulah kalau kita kaya satu hari nanti,mungkin kita akan datang kesini balik naik Helikopter he he.Nak cakap kami berangan ke,memanglah berangan pun.Syok apa, berangan kan free bukannya kena bayar pun wink-wink.
Oh ya Ochu,Cik Aty Dottie dan Ida takkan Kak Jana lupakan untuk dibawa naik sama-sama kalau kak jana datang kembali ke Cameron Highland dengan helicopter satu hari nanti. Wa kah kah.
P.S Thank Cik Ochu for the treat,jangan serik ajak Najid' family lagi ya!
wahahahahaha...!! saye nak naik helikopterrr!!!
ReplyDeleteyeay helikopterr!!!!
ReplyDeleteeh bkn kak jana je tak bole tido sbb ocu bising tgk bola...naufal pun bangun siap makn biskut dgn udin..pastu die ckp cikcu ni bisingla...
kak aty yang belanja this time i belanje aiskrim strawberry je dgn minyak abah hehehehehe