Captain Pasukan dengan coach M.Rajagopal
Semalam merupakan hari yang paling bermakna bagi anak-anak saya especially yang nombor 2 (Nabil).Kenapa ? sebabnya for the first time dalam hidupnya dia dapat pergi menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Nasional Malaysia.(Stadium bukit Jalil).Perlawanan yang berlansung semalam ialah perlawanan persahabatan diantara Malaysia dengan Korea Selatan.
Mula-mula saya malas nak ikut,tapi memandangkan nanti kena tinggal sorang-sorang kat rumah, baiklah saya ikut sekali.Hubby beli tiket yang berharga RM30.Alang-alang dah pergi tu,belilah tiket yang tempatnya selesa sikit katanya. Masa nak pergi jalan agak jammed mungkin disebabkan oleh hujan,Nabil dah stress,takut sampai-sampai je perjalawanan dah pun bermula,tapi mungkin dah rezeki Nabil sempat juga sampai ke stadium sebelum perlawanan bermula.Perlawanan start pukul 5.15 petang,tapi kalau tengok dari cara jamnya jalan tadi macam 5.45 je baru boleh sampai.
Ingatkan tak ramai orang,ialah masa beli tiket pagi tu hubby kata lengang sahaja,rupanya ramai juga orang,surat khabar hari ini juga memaklumkan seramai 5000 orang yang hadir menyaksikan perlawanan Malaysia lawan Korea Selatan semalam.Naufal tak minat sangat ,asyik merengek nak balik,naik lemas kami dibuatnya.Tapi selepas diberi buku dan pen akhirnya di leka melukis dan tak menggangu kami lagi.(sebenarnya adalah dia kena lepok sikit-sikit dengan emaknya he he).Emaknya pula asyik klik sini and klik sana,masa tu sambil terfikir kalaulah ada kamera DSLR.
Perlawanan ini dimenangi oleh pasukan Malaysia mengatasi pasukan Korea Selatan dengan mata Malaysia 1 dan Korea Selatan 0.Yang kelakarnya Naufal tanya bila Shakira nak keluar menyanyi.Ha ha dia ingat ni Worldcup agaknya.Suasana didalam stadium memang meriah dengan bunyi gendang dari penyokong Harimau Malaysia dan gendang penyokong pasukan Korea Selatan.Penyokong-penyokong pasukan Korea Selatan ramai jugalah,mereka memakai baju merah dan putih(dari mana datangnya mereka ramai-ramai tu).Disana sini terdengar bunyi tiupan yang ala-ala Vuvuzela macam dekat Afrika tu, inilah lagi yang membuatkan Naufal ingat dia berada di Afrika Selatan waka waka eh eh.
Nampak jelas kepuasan diwajah Nabil dan Naqiuddin sebab dapat touched hand dengan semua players Malaysia dan termasuklah dengan jurulatihnya sekali Rajagopal.Mula-mula bila saya paksa turun kebawah sikit dan pergi kehadapan tempat ambil hadiah semuanya tak hendak.Tapi biasalah emaknya kan suka meredah kasi pecah kan.Akhirnya dapat juga mereka berdua duduk dihadapan sekali ,siap dapat ambil gambar dan touched hand lagi dengan pasukan Malaysia he he.Masa dalam perjalanan balik,jalan kaki menuju ke parking kereta,sambil berpimpin tangan dengan Naufal dia siap tanya siapa menang mak Afrika Selatan ke Malaysia.Saya terus Gulp…and errrr,Naufal masih di Afrika selatan lagi rupanya anak aku ini wa ka ka.
Yang penting Nabil and Naqiuddin seronok sakan,siap nak simpan tiket untuk buat kenangan pertama kali dapat tengok bola secara life didalam Stadium Nasional lagi.Yippieeeeee.
Lepas kena lepok-lepok manja dengan mak dia (drama di Stadium tu)
Naufal leka melukis,nasib baik dalam beg Doreamon maknya ada buku nota and pen
Hasil Lukisan Naufal
Nak tengok gambar lagi silalah lihat
sini
ishhh jelesnyeeee
ReplyDelete