Sunday 27 June 2010

Pesta Buku Selangor dan Nostalgia Alleycats


Buku-buku yang saya beli



Berehat sekejap setelah penat round dalam kompleks PKNS itu sambil makan ice-cream

Semalam saya and family pergi ke Pesta Buku Selangor yang telah di adakan bangunan Komplek PKNS Shah Alam.Sebelum itu saya singgah mengambil cousin saya yang tinggal rumah seorang sebabnya ibunya pergi menghantar abangnya melapor diri di UITM Kedah untuk melanjutkan pelajaran. Saya dan family membawanya untuk makan tengahari dulu.Selepas itu makan tengahari kami terus ke Pesta Buku.Pestanya tak sebesar Pesta Buku Antarabangsa tiada banyak booth buku pun,tapi oklah.Cuma cuaca semalam yang agak panas menyebabkan aircond didalam bangunan Komplek PKNS itu tak terasa langsung,memang rasa tak selesa.

Adalah juga saya beli beberapa buah buku untuk menambah koleksi novel-novel saya yang sedia ada.Tujuan saya yang utama ialah untuk pergi ke booth Jemari seni untuk berjumpa Kak Noor Suraya tapi nampaknya tiada rezeki sekali lagi untuk saya berjumpanya dengannya.Saya diberitahu oleh Kak Mariah yang menjaga booth jemari seni, Kak Su tak sehat.Saya membeli 5 buah buku di booth Jemari Seni dan saya juga mendapat tandatangan Syud dan Nazurah Aishah antara novelis yang ada disitu.

Selepas itu saya dan family singgah Ke Shah Alam Mall untu melihat cousin saya yang kerja sementara di sebuah kedai games computer disitu.Berjalan-berjalan dengan suami dan sekumpulan budak-budak lelaki memanglah sangat membooringkan sebab mereka banyak menghabis masa kedai gadget mainan computer dan kedai handphone.Jadi saya lebih banyak duduk dikerusi yang ada disediakan disitu,sambil menunggu mereka. Sambil duduk menunggu saya telah menghantar SMS kepada Kak Noor Suraya untuk menyatakan yang saya ingin berjumpanya di booth Jemari Seni tapi dia tiada.Apa yang memeranjatkan saya bila menerima jawapan sms darinya ialah dia dtimpa penyakit yang juga pernah terkena anak saudara saya yang berumur 8 tahun.Nama Penyakitnya ialah Bell's Palsy .

Saya akan sentiasa mendoakan supaya Kak Su cepat sembuh dan boleh berkarya lagi kerana karya-karya Kak Su sentiasa ada tempat didalam hati saya.Semoga Kak Su kuat Semangat ya.Oh ya hari itu paginya sebelum saya keluar untuk pergi ke Pesta buku Selangor,saya menggosok sikit baju-baju yang hendak dipakai pada minggu hadapan.Yang saya nak ceritakan disini ialah pada hari itu saya menggosok baju sambil humming lagu-lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Alleycats.Saya cakap dengan hubby yang menemankan saya menggosok sambil membaca akhbar masa itu,macam rindulah pula saya ini nak mendengar lagu-lagu dari Alleycats.So Sementara menunggu anak-anak dan hubby meronda-ronda didalam Shah Alam Mall tu saya ternampaklah kedai Speedy Video .So apalagi saya pun gunakan kesempatn ini untuk pergi ke kedai itu.Disana saya terus bertanya kepada pembantu kedai itu"ada tak jual album compilation lagu-lagu dari Alleycats".Saya bernasib baik ada tinggal satu sahaja lagi album itu.So saya pun terus setuju untuk membelinya memandangkan harganya tak mahal sangat cuma RM29.90.didalamnya ada terdapat 48 buah lagu-lagu Alleycats didalamnya,saya rasa sangat berbaloi lah saya membelinya.Puashati sungguh he he.

Hari itu juga boleh dikata hari untuk Si Sulung Naqiuddin,hmm nak tahu kenapa sebab semua barang yang dibeli pada hari itu semuanya adalah untuk dia sahaja beli handphone dan beli boots bola. Booring je muka dua orang lagi anak saya menengoknya he he. Saya pujuk mereka dengan menyatakan "tak apa hari ini kita kasi chance pada Abang" Besok kita suruh dia buat kerja rumah banyak-banyak kan kan kan.Selepas pulang dari Shah Alam Mall kami singgah ke rumah mak Usu saya untuk menghantar anaknya yang mengikut kami.Setelah sembahyang Asar dan membawa sepupu saya membeli Nasi Ayam untuk dibuat makanan malam, kami pun pulang ke Putrajaya.Dalam kereta sewaktu perjalanan pulang kami melayan (tangkap lentok ) dengan lagu-lagu dari album Alleycats yang dibeli tadi.Pergh! nostalgianya wink-wink:-)


CD Alleycats yang saya beli


one of my favourite song from Alleycats

2 comments:

  1. tulah wani dulu pesta buku antarabangsa je,sekarang ni pesta buku semua negeri nak buat,
    tapi abang yazid ok je layan kak jana,janji simpan resit belian buku boleh tolak income tax nanti he he

    ReplyDelete