Monday 27 July 2009

Sukan Tahunan Cendekiawan Educare






Hari Sabtu yang lepas telah berlangsung Sukan tahunan untuk untuk Cendekiawan Educare Center. Saya ,suami dan Nabila(anak jiran) saja yang pergi ke sukan tahunan ini. Anak saya yang Sulung Naqiuddin pergi tuisyen dan No 2 Nabil ada hari kantin. Naufal pun ada masuk dalam acara sukan kali ini, acara yang disertai oleh Naufal ialah lari berpasangan dan isi air dalam botol. Ada 3 kumpulan iaitu rumah merah,hijau dan kuning. Naufal didalam rumah merah, ini adalah pertama kali naufal menyertai sukan. Bila berjalannya acara sukan untuk Naufal,dia sangat relax dan tidak bersungguh-sungguh untuk menang. Encik yazid dan saya yang bersungguh-sungguh ditepi padang menjerit namanya suruh dia cepat malangnya Naufal selamba sahaja. Tapi apa yang pasti bukan Naufal saja macam itu malah ramai juga budak-budak lain macam dia juga selamba sahaja. Mungkin ini pertama kali mereka bersukan. Seselamba Naufal pun dikedua-dua acara yang dia masukki dia mendapat no 1 dan 2. Walaupun hadiah taklah berapa menarik tapi saya rasa pendedahan yang dia dapat melalui acara sukan ini merupakan satu pengalaman berharga untuknya. Juara keseluruhan pada hari itu ialah rumah merah. Sukan tahunan ini berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Pulangnya dari sukan kami terus singgah ke kedai untuk makan tengahari.Kesimpulannya Encik Yazid dan saya kepenatan sungguh hari itu macam kami yang bersukan, budak yang sebenarnya bersukan relak saje dan terus lasak bermain dirumah.

No comments:

Post a Comment