Dah 2 minggu berturut-turut saya bekerja pada weekends, saya mula kerja pada pukul 9.00 pagi dan habis kerja pada pukul 2.00 petang. Since sebenarnya takda cerita menarik sangat pun yang berlaku pada minggu ini tapi untuk untuk memgupdate my blog layanlah jelah aktiviti weekend saya kali ini. Pada hari Sabtu ada Tahlil di Groundfloor rumah saya memandangkan saya kerja Encik Yazid dan anak-anak lelakinya sahaja yang pergi ke kenduri tahlil itu. Selepas tahlil Encik Yazid pun terus pergi ke Alamanda dan jumpa saya disitu. Saya yang kelaparan telah mengajak Encik Yazid,Nabil and Naufal makan di burger King's, Anak saya yang berdua tu yang konon-kononnya dah kenyang sebab dah makan kenduri sebenarnya lebih banyak makan dari saya di burger king's. Selepas makan saya ajak ncik Yazid pergi Mothercare tengok t-shirt Naufal kalau ada yang cantik(kan sekarang ni ada sale dimana-mana). DiMother care saya telah membeli 4 helai T-shirt untuk Naufal dan harganya memang really berpatutan.Selepas membeli baju naufal kami terus pergi ke Speedy video. Saya ini walaupun dikatakan garang oleh anak-anak tapi masih kalah kalau diajak oleh Naufal untuk pergi Ke kedai Speedy Video. Acara wajib kalau pergi ke Alamanda ialah singgah Speedy Video,walaupun tak membeli singgah itu adalah wajib. Sabtu yang lepas Naufal telah berjaya memaksa saya untuk membelikannya dvd cerita Mulan. Layan gambar aktiviti-aktiviti saya hari Sabtu dibawah ini
Gambar Naufal yang berbangga dengan dvd Mulan dan T-shirt yang dibeli di Mothercare
Pada hari Ahadnya pula selepas kerja saya telah pergi ke wedding cousin disebelah abah saya di Kampung Pandan. Saya tak berapa rapat dengan cousin saya di sebelah abah saya. Biasanya kami hanya pergi kerumahnya pada hari raya sahaja. Tapi jika ada wedding adik beradiknya Insyallah setakat ini tak pernah pula saya tak pergi. Selepas pergi wedding saya telah pergi pula kerumah abang saya di Kinrara, dah lamanya sebenarnya saya tak pergi kerumah abang saya ini. Dirumah abang saya hari itu saya dijamu dengan bubur kacang campur durian. Naufal happy sangat sebab dapat bermain dengan sepupunya Atikah dan Azaliah. Layan pula gambar aktiviti saya pada hari Ahad.
Gambar wedding Cousin
Gambar Naufal dengan Atikah dan Azaliah
So inilah antara yang berlaku pada weekend saya kali ini. Sebenarnya penat juga weekends saya pada kali ini. Ini antara yang boleh digambarkanlah benda -benda lain tetap macam biasa seperti menggosok baju sekolah dan kemas rumah.;-)
No comments:
Post a Comment