Thursday, 16 July 2009

Allergic



Ini Allergic yang ditangan, diseluruh badan lagi banyak dan tebal

Saya terkena Allergic yang tak tahu puncanya dari mana,lepas tu tak pergi klinik pula buat kesimpulan sendiri saje kononnya terkena air kotorlah tau jelah air di Putrajaya ini kotor. Tapi memandangkan anak dan husband hari ini tak sehat nak pergi klinik saya pun ikut sekalilah pergi klinik. Malam tadi kegatalan seluruh badan pun ditahap gaban.Semalam di office tergaru-garu, panas dia gatal sejuk pun dia gatal. Sampai diklinik doktor kata mungkin allergic saya disebabkan makanan, masalahnya semua makanan yang saya makan tu ialah makanan yang saya makan semenjak kecil tak pernah pula kena allergic macam ini. Doktor bagi ubat yang boleh menyebabkan saya mengantuk dan dapat m.c satu hari. Allergic saya agak teruk dan sambil menaip ini pun saya tergaru-garu seluruh badan. Sekarang saya nak tidur selepas makan ubat mata rasa mengantuk. Badan saya pun dah tiga hari sakit-sakit seluruh sendi,Doktor cakap mungkin nak demam atau terlalu penat, mungkin juga sebab dah sebulan lebih saya bekerja hari-hari termasuk weekends.So hari ini saya nak rehat tak nak buat apa-apa nak tidur sahaja.


No comments:

Post a Comment