Friday 24 July 2009

Selamat Bersara


Cenderahati Sempena Persaraan Dari Puan Nur Ezwin


Gambar Semua Kakitangan Diunit Kami


Bergambar Kenangan dengan Hajjah Asiah


Semasa majlis berlangsung


Ini Ratu Kebaya Setiawangsa Dan Ratu yang hanya boleh pakai baju Kurung

Semalam dioffice diadakan satu jamuan khas sempena persaraan Puan Hajjah Asiah M Salleh Penolong Pegawai Tadbir Kanan diunit kami.Jamuan yang diadakan boleh dikatakan sederhana tapi alhamdullilah berjalan lancar dengan meriahnya. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Big Boss unit kami yang kecil orangnya Puan Nur Ezwin dan diikuti pula oleh ucapan penghargaan daripada Pengarah Tempat saya bekerja iaitu Dato Yeow Chin Keong.Makanan yang dihidangkan enak-enak belaka (maaf terlupa pula nak ambil gambar makanan). Terima kasih diucapkan kepada Hajjah Asiah diatas segala jasa baiknya mengajar dan membimbing kami semasa menjalankan tugas mahupun diluar waktu bertugas. Segala nasihat dari Hajjah akan kami jadikan panduan semasa menjalankan tugas dihari mendatang. Semoga berbahagia dialam persaraan dan nikmatilah alam persaraan dengan kelaurga yang tersayang. Kami akan merindui mu Puan Hajjah Asiah:-(

No comments:

Post a Comment