Friday, 31 July 2009

Abah



Hari ini genap setahun permergian Abah saya pulang kerahmatullah. Malam tadi saya sekeluarga dirumah menbaca yassin dan tahlil dirumah untuk abah. Masih terbayang bayang lagi dimata saya menguruskan dia sakit dihospital selama sehulan lebih. Masa itu hospital merupakan rumah ke 2 bagi saya. Saya bergilir-gilir dengan abang saya menjaganya dihospital. Saya menjaganya waktu siang hari dan abang saya menjaganya pada waktu malam ,manakala weekend pula suami dan anak-anak saya akan bergilir menjaganya. Abah seorang yang tegas tapi sangat memanjakan cucu-cucunya . Masa abah pencen saya bersalinkan anak saya yang sulung Naqiuddin, boleh dikatakan masa dalam pantang saya dijaga oleh abah saya sebab masa itu emak saya masih bekerja disekolah tadika. Abah juga telah berpuasa selama 2 hari kerana membayar niatnya setelah saya selamat bersalin. Anak saya yang sulung memang di jaga oleh abah saya dan emak dari baby hingga umur 6 tahun. Sebab itulah dia memang yang paling manja dengan atuknya . Pada hari permergian atuknya dia menangis hingga terpaksa ditenangkan. Saya merasa sungguh bertuah kerana diberi anugerah, pada saya ia adalah satu anugerah kerana dapat menjaganya pada saat akhir,saya dan suami berdua yang mengadap abah disaat dia menghembuskan nafas yang terakhir dan suami saya yang membisikan kalimah ditelingnya. Apabila rindu saya akan pandang kerusi yang abah saya suka duduk jika didatang kerumah saya. Jika saya makan makanan yang dia suka saya kan sentiasa teringatkannya.Dan yang saya tak boleh lupa bila kali terakhir saya menciumnya waktu dia agak sehat dia menangis dan meminta saya sentiasa mendoakanya, ayatnya ialah” sentiasa doakan babah ya na” tak sangka saya 2 minggu selepas itu dia akan pergi. Insyallah abah, zana akan sentiasa doakan abah disetiapkali waktu sembahyang dan setiapkali waktu zana teringatkan abah. Anak-anak pun zana telah ingatkan supaya sentiasa berdoa untuk atuk.Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan abah digolongan orang yang beriman .Alfatihah.

1 comment:

  1. sedih baca post ni...
    kejap je dah setahun kan kak??
    semoga roh pak ngah dicucuri rahmatNya...
    pesan akhir arwah pakngah pada wani masa melawat kat hospital... "kerja elok2 ye.." masa tu baru mula kerja kat UITM tu...

    ReplyDelete