Wednesday, 8 July 2009

Sleepy and Smile






Hari ini dapat MC sebab ada appointment dengan doktor pakar Nabil pun ada juga appointment dengar pakar ENT pasal sinus dia tu. Lepas balik dari hospital lebih kurang pukul 12.00 pergi Maybank betulkan kad ATM dalam 1 jam jugalah. Lepas tu pergilah pulak pasar beli ikan,udang,ketam dan sayur-sayuran. Balik pasar ambil Naufal kat sekolah, sampai je rumah terus basuh ikan dan lain-lain terus masak lemak ketam penatnya tak taulah nak kata. Lutut ni sakit sangat sebab berdiri lama. Dah lah malam tadi dok layan kenduri Michael Jakson he he. Terkejut dari tidur pukul tiga pagi tangan ini terus tekan remote TV tertengok pula siaran langsung kat Astro pasal majlis Penhormatan khas sempena pengebumian Michael Jackson teruslah layan sampai 6 pagi tu yang mengantuk tu.Masa tunggu nombor giliran di hospital mata asyik nak terlelap je,bukan apa selalu hubby teman kat sebelah bolehlah borak-borak ini dia teman Nabil kat pakar ENT tu yang duduk sorang-sorang . Orang-orang disebelah kerusi semuanya mata nak lelap je,saya rasa dia orang pun layan kenduri Michael Jackson malam tadi. Tapi serius tau saya pun rasa sedih juga bila dengar Brooke Shield bagi ucapan malam tadi meleleh jugalah air mata ini lepas tu dengar pula Jermaine Jackson aka Abdul Aziz nyanyi lagu kesukaan Michael "Smile" memang tangkap syahdu bak kata orang orang muda sekarang. Tak tahu siapa cipta lagu itu tapi katanya Charlie Chaplin yang buat liriknya kalau tak salahlah. So dengarlah video clip ini you can cry i bet but in the same time you are smile ;-(


No comments:

Post a Comment