Tuesday, 27 October 2009

Day Before The Day's









Ini gambar semasa proses pembuatan goodies bag untu majlis harijadi naufal nanti ya. Malas nak tulis panjang lebar layan jelah gambar-gambar ini. Terimakasih kepada anak bujang yang besar berdua itu bertungkus-lumus untuk adik kesayangan mereka. So layan………

Hari Yang Di Nanti Dah Tiba




Pergi ambil kek Naufal









Semalam saya cuti sebab nak sambut birthday Naufal disekolahnya. Tiap-tiap bulan dia tanya bila nak buat birthday adik kat sekolah mak. Tiap-tiap bulan sebelumnya juga saya jawab nantilah adik bulan sepuluh ,akhirnya tiba juga masa yang dinanti-nantikan. Saya keluar rumah pukul 8.15 pergi hospital dulu ambil ubat emak saya di farmasi lepas itu pergi ambil kek pula di Present 10 .Saya tempah kek di ANNA

Sampainya disekolah naufal dah kecoh “mak kita datang” “ kita nak buat birthday”. Dengan kerjasama guru-gurunya majlis itu dapat dijalankan dengan lancar.Seriously cikgu-cikgu sekolah itu memang bagus.Naufal teruja melihat kek upin-ipinnya.Tetapi dia sedih bila nak potong keknya itu kesian opah kena potong katanya. Habis tu naufal beli kek untuk makan bukan untuk tengok je ya.Kelas Naufal sebenarnya 20 orang saja since saya buat goodies lebih saya suruh cikgu ajak sekali kelas 5 tahun yang lain .Jumlah keseluruhan budak-budak yang ada hari itu ialah 43 orang. Bila 43 orang menyanyikan lagu selamat hari jadi maka bergemalah ruang tempat kami adakan majlis itu. Tapi memang happeninglah bagi saya. Saya dan hubby pun seronok tengok gelagat budak-budak itu. Cikgu-cikgu memang pandai control budak-budak ini bila suruh senyap tiba-tiba keadaan yang riuh rendah menjadi senyap dan sunyi. Majlis berlangsung dalam masa satu jam. Selepas mengucapkan terimakasih kepada cikgu yang sangat-sangat memberi kerjasama kami pun pulang dengan rasa puashati.Memang jelas tergambar kegembiraan dimuka Naufal sepanjang majlis itu diadakan.Kembalinya naufal dari sekolah pada waktu petangnya dia berkata adik hari ini seronok sangatlah mak.Lega hati saya kerana akhirnya dapat juga saya menunaikan hajat sikecik saya ini.

Sunday Stories


Nampak ok kan sebab ditepi bila bawa ketengah mula merengek



Bila ketengah cikgu dia yang bawa






"Lepas berenang masa ini sambil tunggu hubby mandi dan salin baju



Hari Ahad yang lepas pagi-pagi lagi saya dah masak untuk makan tengahari sebabnya pukul 11.00 nanti saya kena teman hubby hantar naufal ke kelas renang. Naufal sejak akhir-akhirnya buat perangai dikelas renang ,nak berenang di tepi je taknak pergi ke tengah kolam. Saya suruh hubby standby baju renang, hubby pakai dari rumah,kalau dia buat perangai hubby kena turun dalam pool sekali.Saya kena ikut sekali sebab naufal ini takut dengan saya kalau saya ada ditepi kolam tu dia tak berapa beranilah nak buat perangai. Sampai di kelas renang macam biasa ok je ,tapi bila cikgu ajak pergi ketengah mulalah dia menangis.Hubby pun terus joint sama masuk kedalam kolam pujuk Naufal. oklah sikit tapi kalau mak dia tak cekak pinggang kat tepi kolam tak jadi juga. Tak taulah kenapa dulu dia ok je,sekarang ni kalau tak kena gaya dia menangis bagai nak rak kat tepi kolam tu malu pula rasanya kita dibuatnya. Actually ok je saya tengok dia berenang boleh je tahan nafas .Tak taulah apa silap.Maybe kena stop dulu kelas renang ini bila dia darjah 2 saya akan masukkan kelas renang intensive yang ajar dia sorang je.Seriously cikgu yang ajar dia sekarang sabar betul layan kerenah naufal lembut je tegur naufal kenapa nak nangis.Kena fikir balik pasal kelas renang naufal ni patut teruskan atau tangguhkan dulu.Any ideas?

Balik dari kelas renang singah Mydin sekejap cari air kotak ribena dan nak tambah lagi sweets untuk godies bag birthday Naufal pada esok nanti.Akhirnya saya sakit kepala yang amat sangat hari itu hingga terpaksa telan paracetamol 2 biji(dah lama sebenarnya saya tak telan paracetamol ni).Ini mungkin disebabkan oleh cuaca yang panas semasa saya memantau naufal dikelas renang tadi ditambah pula dengan stress tengok perangainya. Hubby pula masa itu senang hati berenang-renang didalam kolam dengan gembiranya.

Saturday, 24 October 2009

Selamat Ulang Tahun Sayang





Hari ini hari lahir anak saya yang bongsu Muhammad Naufal dilahirkan pada 24/10/2004 bersamaan dengan 10 ramadan. Saya mengandungkannya selepas anak saya yang nombor dua berumur lapan tahun. Dia satu-satunya anak saya yang dilahirkan secara pembedahan abang-abangya dilahirkan secara normal. Dilahirkan pada hari Ahad pada waktu Asar. Anak-anak saya semuanya dilahirkan pada hari Ahad Yang sulung pada waktu subuh,yang nombor dua pada waktu zuhur dan naufal waktu asar .macam disusun-susunkan.

Naufal masa umurnya belum 1 Tahun asyik keluar masuk hospital Putrajaya saja kerana menghidap asthma dan pernah demam sampai kena fit. Akibat kerap masuk hospital semua doctor dan jururawat di klinik cam muka saya dan Naufal. Bila Naufal Demam panasnya memang akan naik secara mendadak dan doctor beritahu once naufal pernah kena fit masa demam dia hanya kan bebas dari kena fit bila umurnya 6 tahun. Apa-apun kita lupakan saja cerita itu semua. Naufal bagi saya telah menceriakan lagi kehidupan keluarga kami kerana dia adalah anak yang kami yang bongsu.Dalam ketiga-tiga anak saya dia yang paling cerah kulitnya.Dia sangat cerdik dan comel,pandai buat memek muka dan seorang yang fotogenic. Kesayangan cik chu,cik wani,cik aty dan cik ya.Hari Isnin nanti kami akan celebrate birthday Naufal di tadika Cendekiawan atas permintaanya nanti saya akan masukkan entry mengenainya.

Naufal mak harap naufal akan menjadi anak yang soleh,rajin belajar dan seorang yang berhemah bila dewasa nanti. Bila naufal dah pandai baca nanti mak akan buka blog ini untuk baca apa yang mak tulis ini ya .So naufal Selamat hari jadi yang ke 5 sayang.







Monday, 19 October 2009

Happy Birthday Nurul Azaliah





Azalia dengan ibunya



Ini Atikah kakak Azaliah




Dari Open House Naza Motor kami terus menuju ke Shah Alam seksyen 9 untuk menghadiri majlis hari jadi Nurul Azaliah anak saudara kami yang ke 2 tahun. Sesampainya kami disitu kami dapati dah ramai orang yang hadir. Anak saudara kami Azaliah dan kakaknya atikah sedang di make-upkan dibilik atas. Naufal pun berlari keatas bila dengar birthday girl sedang di make-up dia pun nak menyibuk samalah tu.Banyak makanan disediakan ada sate,pizza hut,mee curry,roti jala dan kuah durian,triffle dan aneka cupcakes yang cantik. Acara bermula bila budak yang kena make up dah siap cute-cute semuanya. Azaliah sangat cute dengan gaun kembangnya tapi nak ambil gambarnya sangatlah susah bila kita nak ambil gambar dia tundukkan mukanya, kebanyakkan gambar adalah diambil secara candid. Naufal dan Haziq menumpang sama sambutan harijadi ini kerana harijadi mereka pun jatuh pada bulan Oktober.

Meriah sungguh majlis itu kami semua makan-borak,makan-borak sepanjang majlis itu.Hadiah yang kami belikan untuk Azaliah dan Haziq dah tak jadi surprise kerana bila sampai saja disitu sahaja Naufal dah canangkan pada semua orang hadiah apa yang kami beri. Naufal memang tak boleh simpan rahsia.Kami pulang dari Shah Alam dengan berbekalkan berbagai jenis makanan,boleh buat sarapan pagi untuk esok. Oh ya semua kawan dioffice cakap muka azaliah macam muka saya,mereka cakap kalau cakap naufal dan azaliah adik-beradik pun orang kan percaya ye ke?. Nantilah nak cari gambar masa kecik-kecik nak comparekan he he.Dah namapun anak saudarakan mestilah ada sikit-sikit serupa kan kan kan :-P



Jamuan Hari Raya Naza Motor


Dengan anak bujang yang sulung


Anak bujangku


Bergambar dengan motor yang dipamirkan



Kami dengan Bob AF








Datuk Shahrizat Jalil

Pada hari Sabtu yang lepas Najid family pergi menghadiri Jamuan hari Raya S.M Faisal iaitu Boss Husband saya. Ia diadakan di Kuala Lumpur Convention Center bersebelahan dengan KLCC. Kami begitu teruja sebenarnya sebab tak pernah masuk KL Convention Center. Sesampainya kami disitu kami harus melalui ujian suhu badan jika ok kami diberi pelekat warna pink dibadan. Majlis itu berlangsung di tingkat 3, memang sangat seronok makanan yang dihidangkan memang marvellous,lebih mennyeronokkan lagi ialah kami juga dihiburkan dengan celoteh Raja lawak kita iaitu Nabil dan dibantu oleh angah. Bukan kami saja yang ketawa sampai pecah perut malah saya lihat bangsa lain seperti kaum cina dan India pun ketawa sampai meleleh airmata. Ini bermakna lawak Nabil itu boleh diterima oleh semua kaum. Kami menghabiskan masa kira-kira 2 jam di majlis itu. Dimajlis itu kami banyak bergambar anak beranak.Kebetulan disebelah dewan yang dilangsungkan majlis rumah terbuka ini berlangsung juga majlis hari Raya Astro maka banyaklah artis-artis Astro yang kami jumpa seperti mawi dan ekin,apek senario,aznil nawawi dan Datuk Dr.Sheikh Muzaffar.Semasa kami sedang menuju ke lift untuk pulang kami terserempak dengan Bob AF 2,kami pun apalagi mengambil peluanglah untuk bergambar dengannya. Happy sungguh kami sekeluarga dengan perut yang kenyang dapat pula berjumpa dengan ramai orang yang terkenal maka kami meneruskan perjalanan kami seterusnya untuk pergi ke Shah Alam bagi menghadiri hari jadi anak saudara kami Nurul Azaliah

Tuesday, 13 October 2009

Sheila Majid



Lagu ini saya suka sangat ,tapi takkan keluar di radio,sebab sebenarnya lagu lama kan. Kalau ada keluar pun jarang-jarang sangat,bila rindu dengar lagu ini selalunya saya akan buka you tube,so saya decided nak masukkan lagu ini dalam blog saya sendiri, boring-boring buka blog sendiri boleh dengar.Oh anak-anak saya pun tahu parent mereka suka Sheila Majid dari mereka kecil lagi,sebab selalu dengar kami pasang lagu-lagunya dalam kereta.Ingat lagi anak kami yang no 2 tu masa kecil dulu panggil Sheila ini Sheila Masjid.

Lagi satu lagu Sheila Majid yang saya suka ialah Kerinduan,sampai hubby punya caller ringtone,saya suruh letak lagu ini. Bila kawan hubby or even boss dia call pun akan complaint my hubby tu jiwa-jiwa. Mereka tak tahu bini dia yang masukkan caller ringtone tu sebab nak dengar lagu ini bila telefon suami sendiri :-D