Monday 6 September 2010

GENG SURAU



RAZIF AKA MAYAT


Geng Surau dah habis pada hari Sabtu yang lepas,cerita ini menjadi favourite kami sekeluarga,tapi biasanya kami tengok masa waktu bersahur,bersahur sambil mata tengok ke TV.Cerita ini memang kelakar habis,tapi saya rasa cerita ini boleh dipanjangkan lagi sebenarnya.Mungkin akan disambung lagi ke tahun hadapan siapa tahu kan.

Episod yang saya rasa paling kelakar ialah episod yang mengisahkan pertandingan Nasyid dan Episodnya yang terakhir.Masing-masing punya karektor yang ada kekuatannya tersendiri.Kadang-kadang saya ketawa sampai keluar air mata dibuatnya.Sayang semalam ada marathon cerita Geng Surau ini,tapi saya tak dapat mengikutinya kerana kena pergi ke Bandar Baru Bangi sebab nak cari sampin En.hubby dan anak-anak bujang. Oh lepas ini mesti saya rindukan Razif(mayat),Tok Imam Hisham yang minat Miss Lina,Pak Abu yang kuat menjerit,Pak Suradi dan Uddy yang Comel.

Terbayang-bayang masa Pak Abu dan Tok Imam Hisham jadi juri di pertandingan Nasyid(siapa yang mengikuti siri ini mesti boleh bayangkannya)he he kelakar gila. Lagu temanya pulak lagu nasyid "Sepohon Kayu".Lagu nasyid favourite zaman kecik-kecik dulu. Hope hendaknya akan ada lah sambungannya dimasa-masa akan datang:).

Lama tak update blog kan Syndrome malas melanda he he.Sekarang baru nak warm up balik ni.So tungguuuu.

4 comments:

  1. Salam Jana,

    I suka tengok 'Nur Kasih' until that ended a couple of weeks ago masa antara sahur and subuh. Now, I suka tengok Syurgamu Ramadan. Very sedih one...

    ReplyDelete
  2. Salam Puan Gina,
    Saya tahu pasal Syurgamu Ramadan pun bila auntie saya bagi tahu cerita ini best,itu pun masa tu dah episod 10,so one day after sembahyang subuh saya buka laman web TV3 terus layan drama ini dari episod satu sampai 10,sampai menangis meleleh-leleh air mata lagi,masa tengah layan cerita ini,my mother call pula, jawablah juga panggilan sambil hidung ini sok-sek,sok sek sebab menangis,my mak tanya kau kenapa? saya pun jawablah menangis lah mak sedih tengok drama Syurgamu ramadan he he

    ReplyDelete
  3. Jana, terimakasih beritau saya about the TV3 punya website. I'm watching previous episodes now. Thanks Jana!

    ReplyDelete
  4. dah lama tak tengok tv...sekarang tgk time sahur je...

    ReplyDelete