Wednesday, 22 September 2010

Cerita Kad Hari Raya Tahun Ini



Kad Hari Raya dari Sultan Brunei


Kad Hari Raya Dari Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong


Kad Hari Raya Dari Tun Dr.Mahathir



Kad Hari Raya Dari Tengku Mahkota Pahang

Saya masih mengamalkan tradisi amalan menghantar Kad Selamat Hari Raya disetiap kali hari Raya Aidilifitri menjelma.Walaupun saya tahu dah tak ramai orang yang masih mengekalkanya. Orang sekarang ini lebih suka menghantar ucapan hari raya melalui facebook and sms sahaja kan.Tapi saya setiap kali nak masuk je bulan Ramadan dah sibuk beli kad hari Raya yang nak dihantar kepada sahabat handai dan taulan.Dulu-dulu saya beli kad hari raya yang ada dijual sahaja,tapi sejak 2 tahun kebelakangan ini saya menempah kad hari raya khas yang mengambarkan family kami.

So sesiapa yang dapat kad hari raya dari saya itu adalah antara mereka yang bertuah yang sentiasa dalam ingatan saya.Saya juga suka menghantar kad hari Raya kepada royalty and pemimpin negara yang saya hormati dan sanjungi.Bila mendapat balasan dari mereka,sungguh menyeronokkan walaupun hanya mungkin setiausaha mereka sahaja yang membalas bagi pehak mereka.Mengirim kad hari raya kepada mereka-mereka ini akan saya kekalkan sehinggalah saya masih terlarat dan tak jemu menghantarnya hehe.

Cuma ada satu royalty tu dah dua tahun tak balas kad hari raya saya,sedangkan selama ini 4 tahun berturut-turut dia tak pernah lupa untuk membalasnya(malahan tandatangannya adalah tandatangan asli lagi).Mungkin dia dah jemu kot nak membalas or something happen to her family,nampak luarannya happy tapi sebenarnya dah tak bahagia seperti dahulu manalah tahu kan.Mintalah dijauhkanlah (saya mendoakan yang terbaik buatnya.Wallahualam

Nak tengok kad hari raya yang saya terima tahun lepas silalah layan kat SINI

Kad Hari Raya family saya pada tahun ini


Kad Hari Raya Family saya tahun 2009

1 comment: