Wednesday, 8 September 2010

Home Sweet Home





Entry dibuat untuk tatapan khas Puan Gina yang minta saya masukkan gambar rumah saya yang telah siap berkemas untuk berhariraya.Untuk pengetahuan semua jika ada pembaca blog saya yang berminatlah nak tahu.Saya duduk diQuarters Kerajaan Di Presint 9,Putrajaya. Saya dah menetap di Putrajaya ini selama 8 tahun.Disini buat pertama kalinya pengalaman saya untuk duduk dirumah jenis apartment.Oklah juga.Cuma dah lama missed rasa nak jemur kain dibawah sinaran matahari he he.Lagi satu duduk rumah apartment ini kita tak perasan pun kalau hujan turun kecuali hujan yang lebat sangat yang disertai oleh ribut dan petir.

Saya sebenarnya teringin sangat nak berpindah kerumah sendiri yang saya beli di Taman Desa Pinggiran Putra(dekat je dengan Putrajaya).Tetapi anak-anak tak hendak kerana mereka lebih suka bersekolah disekolah mereka sekarang ini.Demi anak-anak nampaknya bertahanlah dulu niat saya itu dan tunggu sehingga mereka habis sekolah dulu.Bukan apa hati teringin juga nak hantar tetamu balik sampai dihalaman rumah,nampak tetamu datang dan pergi dari pintu rumah.Bukannya hantar tetamu pulang setakat pintu lift sahaja.Saya dah terbiasa dari kecil bila tetamu yang datang rumah hantar mereka bila balik sampai kelaman rumah dan tunggu hingga lah kereta mereka hilang dari pandangan.Sekarang ini bila tetamu nak pulang hantar sampai pintu lift and tunggu sampai pintu lift tertutup.Sangatlah tak syoknya.Siapa yang duduk apartment ke atau kondo tentu boleh faham apa yang saya rasa. Tapi tak apa lah sekurang-kurang rumah kita selesa untuk kita diami. Seperti kata Puan Gina:

Our house is our home. Kalau our family selesa duduk di rumah kita, maka cantik lah rumah kita itu. Apa pendapat orang lain is subjective. So dear Jana, I would like to see your raya deco of your house

So Puan Gina and the readers of my blog sudi-sudikan lah ya.

3 comments:

  1. kemasnyeeeee....dah tak nampak rambut2 cikcu yg gugurrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  2. Salam Jana,

    Saya dah cuba beberapa kali nak postkan comment tapi tak berjaya.

    Anyway, thank you for posting gambar2 rumah yang telah cantik didekorasikan. Love the warm tones of your living room. The yellow feature wall menceriakan lagi suasana di living room Jana ini. Nice touch.

    ReplyDelete
  3. Salam Gina,

    terima kasih untuk untuk pujian,feature wall tu kami cat anak-beranak he he,tiba-tiba perasan ada bola terselit disatu sudut tu,well anak-anak semua lelaki kan,kalau boleh dalam rumah pun nak main bola,tapi bola tu bola yang diperbuat dari kain and beli di ikea,tapi still kesian orang tingkat bawah bila anak-anak berebut bola,bising dengan bunyi hentakkan kaki mereka,

    Nak tunggu entry jalan-jalan raya dari Gina pula.

    ReplyDelete