Tuesday, 21 September 2010

Raya Yang Tak Berapa Beraya


Dengan anak bujang yang dah besar



Anak bujang yang bongsu dengan sepupu-sepupunya

Hari-hari buka blog and dah sign in nak masuk entry baru,tapi duduk menung depan PC or laptop lepas tu selalu tak jadi.Raya tahun ini saya tak sihat,boleh dikatakan saya beraya pada hari raya pertama dan kedua sahaja.Hari raya Pertama dirumah nenek dan Mertua,raya kedua pula ke rumah maklang,abang ipar yang sulung dan abang ipar yang No 3. di Bandar Sri Putra.Pada malam hari raya pertama saya dah balik rumah di Putrajaya,sekarang ini kami tak berapa suka tidur rumah lain lama-lama,mesti ingat tempat tidur dirumah sendiri juga.Malam hari raya pertama saya telah diserang sakit perut dari pukul 9.00 malam lagi,malahan sakit perut saya itu bertambah-tambah lagi bila malam dah makin larut.Akhirnya saya ajak En.hubby pergi cari Klinik bila malam dah menjelang pukul 12.45.Malangnya satu klinik pun tak ada yang buka.Habislah saya dan En.hubby round disekitar Presint 8 and Presint 9 nak cari klinik.Akhirnya kami terpaksa pergi unit kecemasan dihopital Putrajaya.Sampai sahaja saya kena tunggu jugalah dalam setengah jam baru dapat jumpa doktor.Doktor terus beri saya satu injection ubat gastric and tahan sakit,bagi ubat makan and boleh balik selepas itu,masa itu jam pun dah dekat pukul 3.00 pagi.Masalah sakitnya hanya berkurangan sikit je,saya still tak boleh tidur sampai ke pagi.Dah dekat pukul 5.00 pagi barulah mata ini boleh terlelap and sakitnya perut ini dah berkurangan.

Hari raya kedua saya ok sahaja, sempat lah beraya kerumah ipar duai,tapi hari raya ketiga sakit perut saya itu menyerang kembali and kali ia lebih sakit dari yang kali pertama.Sampai menggigil-gigil dan menangis saya menahan sakit.Padahal paginya saya dah pun ajak En.hubby pergi ke klinik Swasta dapat ubat dan dah makan pun ubatnya tapi tak nampaknya tak jalan juga ubat itu,akhirnya pukul 1.00 tengahari saya ajak En.hubby pergi hospital semula,kali ini dah hari raya ketigakan ramai sikit lah orang di ward emergency dari hari malam raya yang pertama tu,punya tak tahan sakit masa menunggu sampai rasa nak buat-buat pengsan agar dapat jumpa doktor cepat.Bila dah dipanggil masuk,saya jumpa doktor yang sama jumpa pada malam hari raya pertama hari tu namanya Dr.Previtha.Dia terperanjat tengok saya datang lagi,kali ini dia siap suruh nurse ambil contoh darah and urine,lepas tu kena injection and masuk air(drip).So kenalah duduk disitu dari pukul satu sampai pukul 5.45 petang.Saya telah direfer dengan Doktor Bahagian Jabatan Pembedahan dan mereka suspect dari syntom-syntom yang saya alami itu,saya mungkin kena Gall Bladder (Batu Karang Dalam Hempedu).Appointment untuk Ultrasound ialah pada 20/10/2010 lambatnya lah lagi.Sementara tu dia bagi makan ubat dulu,tapi kalau sakit lagi doktor suruh saya terus datang ke unit emergency.

So itu lah kisah hari raya kali ini,saya tak sehat dan setakat ini tak jalan beraya kemana sangat,sebab tekak selalu rasa loya and perut tak selesa.Anak-anak yang kesian, cuti panjang tapi duduk rumah je. Disini adalah gambar masa saya sehat and boleh beraya.Kalau berminat lihatlah SINI

No comments:

Post a Comment