Thursday, 9 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Rasa sekejap sahaja Ramadan dah berlalu besok dah nak Hari Raya Aidilfitri,Saya seperti biasa disepanjang 40 tahun hidup saya,setiap kali hari Raya saya akan beraya di rumah nenek saya di No.19,Jalan Melati Gombak Setia.Cuma dulu saya duduk diGombak Juga.Sekarang ini semenjak 8 tahun dah duduk Di Putrajaya barulah ada terasa perasaan nak balik kampung sikit walaupun kampung saya tu dekat sahaja he he.Oklah tu kira balik kampung juga kan.

So sempena hari yang mulia ini,saya memohon dengan sepuluh jari jika disepanjang ini saya ada silap dan salah ,samaada secara langsung atau tak langsung ada tersentuh perasaan sesiapa semasa saya mencoretkan kata-kata saya didalam blog ini. Sesungguhnya saya hanyalah insan biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesalahan.Diucapkan semoga semuanya seronok untuk berhari raya.Raya kali ini tentunya rasa lain sekali bagi saya kerana Mak Teh telah tiada.Walau bagaimanapun kehidupan mesti diteruskan kita yang masih hidup ini hendaklah sentiasa mendoakan mereka yang dah pergi itu supaya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.Bertambah lagilah kubur yang kami akan menziarahi dipagi raya sebelum pergi sembahyang sunat syawal nanti. So Sekali lagi Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin untuk semua.

No comments:

Post a Comment