Monday, 14 September 2009

Kad Raya


Yang Mulia tu yang paling Mahal











Adalah menjadi satu kemestian bagi saya menghantar kad hari raya kepada sanak saudara pada tiap tahun. Saya masih mengekalkan tradisi ini, lagi satu hobby saya ialah menghantar kad hari raya kepada pembesar-pembesar negara,antaranya ialah Yang DiPertuan Agong,Mantan perdana menteri kita Tun Dr.Mahathir and Sultan Brunei ada lagi kepada yang lain-lain, kalau mereka balas nanti saya masukkan gambar kad mereka dalam blog ini ya.Hari ini saya masukkan kad hari raya Yang Dipertuan Agong And Sultan Brunei dulu ya.Tahun ini saya letak nama anak saya yang kecil Naufal didalam kad hari raya yang saya hantar kepada baginda.Tengoklah kad raya balasan dari sultan Brunei ditulis kepada yang Mulia Encik Muhammad Naufal kelas gitu.Kad raya balasan dari yang Dipertuan Agong Malaysia cantik sangat baginda berdua pakai baju merah.Saya dah amalkan menghantar kad hari raya seperti ini lebih dari 10 tahun. Semenjak Sultan Pahang menjadi Yang Dipertuan Agong lagi, dalam banyak-banyak kad hari raya daripada agong yang saya paling suka ialah semasa Sultan Selangor menjadi yang Dipertuan Agong,permaisurinya cantik sekali. Permaisuri Agong yang sekarang ini pun saya suka kerana Tuanku Permaisuri manis bertudung. Pernah sekali saya terfikir nak hantar Christmas card pada Princess Diana dan Queen Elizabeth masa saya standard six dulu he he he gilakan,tapi manalah tahu agaknya kalau saya hantar dulu entah-entah mereka balas:-).

3 comments:

  1. besnyer dapat reply kad raya dari royal. cemana nak tau address dorang?

    ReplyDelete
  2. hai soulie,
    adress ada kat office la,you email me nanti I kasi,(jana.suzana@gmail.com)sebenarnya mula-mula sekali I hantar I pakai hentam je alamatnya sampai juga sudahnya,terima kasih pada POS Malaysialah I dah banyak menyusahkan mereka he he,lambat sikit la alamat ye sebab I start kerja next week

    ReplyDelete
  3. entry 2009, saye baru bace 2011 ni.. :)

    ReplyDelete