Wednesday 8 September 2010

Bermuhasabah Diri




Sepanjang ramadan tahun ini pada waktu rehatnya saya penuhi dengah mendengar ceramah agama.Saya memang berazam nak pergi pada setiap hari bekerja disepanjang bulan ramadan kali ini.Hanya ada satu hari sahaja saya tak pergi kerana hari itu saya bercuti.Inilah antara salah satu sebab saya sayangkan tempat kerja saya sekarang ini kerana disepanjang 16 tahun saya bekerja disini didalam bulan Ramadan saya akan dapat mendengar ceramah ugama.Dijabatan saya ia dipanggil Penghayatan Nilai-Nilai Murni.

Saya rasa bersyukur dan beruntung dapat mendengar ceramah-ceramah yang diberikan.Memang banyaknya ilmu yang saya dapat darinya secara tak langsung ia telah dapat membuat saya banyak bermuhasabah terhadap diri saya ini.Ceramah-ceramah kebanyakkannya disampaikan oleh ustaz dan ustazah yang ternama ada di tanahair kita ini.Biasanya saya akan mencatitkan apa yang saya pelajari dan saya akan menceritakan semula pengetahuan yang saya dapat hari pada itu kepada suami dan anak-anak sewaktu berbuka puasa nanti.Dan biasanya Encik hubby dan anak-anak akan mendengar dengan penuh minat bila si isteri atau si emaknya ini bercerita.Atau sebenarnya mereka terpaksa menunjukkan muka teruja kepada saya yang nak berkongsi ilmu ini sebab nak jaga hati saya he he.Apa-apa je lah,yang penting saya suka berkongsi apa yang saya tahu dengan family saya.Sekurang-kurangnya,mungkin ilmu yang saya dapat itu dapat memperbaikki dan memperatkan lagi hubungan kekeluargaan kami.Subhanaallah sememangnya sepanjang ceramah-ceramah yang saya dengar itu,ia telah banyak dapat membuka mata dan hati saya.Sekarang ini saya cuba memperbaikki apa-apa sifat yang tidak elok didalam diri saya dan keluarga saya.Insyaallah saya akan cuba tidak alpa lagi dimasa-masa akan datang.

Saya petik sikit salah satu ayat didalam buku novel "JAJA DAN DIN" yang dihadiakan oleh penulis novelnya sendiri kepada saya Kak Noor Suraya.

Allah panggil kita tiga kali sahaja dalam hidup ini Faiza(watak utama dalam cerita ini)

Satu panggilan azan untuk dirikan solat(sebab itu kalau sudah azan sahaja ,teruskan solat dan jangan lengah-lengahkan)

Kedua panggilan Haji(sebab itu ada orang yang kaya tetapi tidak dapat peluang kesana dalam hayatnya,tetapi ada orang miskin pula berpeluang untuk menunaikan haji berulang kali pula dalam hidupnya.

Dan yang terakhir tentulah panggilan ajal (Semua orang tidak akan terlepas dengan panggilan ini).


Masa pertama kali saya baca novel ini saya tak perasan ayat ini,selepas saya baca buat kali keduanya(saya baca masa sewaktu saya menunggu Encik hubby ambil saya pulang dari bekerja disepanjang bulan ramadan ini)saya perasan dan tertarik dengan ayatnya.Mungkin dahulu saya baca kerana keterujaan saya bila saya dapat buku dari Kak Su itu,tapi bacaan kali ini pula lebih kepada bacaan dengan hati saya:)

"Barang Siapa jatuh cinta,kemudian beliau menahan dirinya,tidak meluahkan perasaanya lalu mati,maka matinya itu ialah mati syahid"


Ini pesanan untuk cousin-cousin kak jana yang amat disayangi ya,walau bagaimanapun kita sayang dan cinta kepada kekasih kita simpanlah untuk diri sendiri ya,jangan tunjukkan sangat especially kat facebook.

Yang baik semuanya datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari hamba mu ini.Wallahualam.

P/S:Gambar ketas-kertas seperti kupon diatas itu ialah slip yang saya dapat setiap kali pergi mendengar sessi Penghayatan Nilai-Nilai Murni di Pejabat.

3 comments:

  1. siap ade slip erk... kena byr ke??? tak kan... kalau kena bayar pun tak rugikan...

    Insyaallah saye ingat pesanan kak jana, pengalaman juga mengajar saya...

    ReplyDelete
  2. chu,
    slip itu menandakan hadir dengar ceramah,kan kakitangan awam diwajibkan 7 hari berkursus setahun,siapa yang tak cukup kursus lagi,kumpul slip tu 6 keping bersamaan 1 hari,kak jana dah cukup kursus dah saja suka-suka kumpul.:)

    Tak kena bayar pun,untung duduk kat office ini,rasanya kalau dengar penceramah itu diluar kena bayar mahal tu.Alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. owh...a'ah untung2...tak macam kerje kat sini sepatah ceramah pun tak dapat yang dapat maki je hari-hari....

    ReplyDelete