Acara Perasmian
Big boss Naza Dato S.M Faizal and Family
Kumpulan merah (kumpulan Encik Yazid my hubby)
Juara Karom(tiba-tiba siNaufal menyelit disitu)
Inilah Acara yang my hubby masuk memang sangat mencabar kan wa ka ka
Supporter Encik Hubby
Naufal yang agak over sikit dalam gambar ini.
Weekends yang lepas memanglah sangat memenatkan hari Sabtu seawal 7.15 pagi kami sekeluarga dah keluar dari rumah untuk pergi ke ILSAS kerana ada sukan tahunan office hubby.Nasib baik ada disediakan sarapan pagi yang meyelerakan disitu iaitu nasi lemak,mee hoon goreng dan 2 jenis kuih. Majlis perbarisan pasukan-pasukan yang menyertai agak meriah and colourful.Ini merupakan pertama kali sukan seperti ini diadakan semenjak Dato S.M Faizal menerajui syarikat Naza ini.Saya percaya acara ini akan berkekalan dimasa-masa kan datang.
Semua kakitangan yang menyertai sukan dapat baju t.shirt,topi,track suit and kasut sukan.Pasukan dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan biru,kumpulan kuning,hijau dan merah. My hubby adalah didalam kumpulan merah.Hubby masuk sukan apa? Sukan yang paling mencabar dan memerlukan banyak tenaga.Tapi pasukanya menang tempat pertama dalam acara ini.Semua acara Sukan itu selesai kesuluruhannya dalam pukul 2.00 petang and sebelum balik kami ambil KFC yang diberikan sebagai makan tengahari.
Percaya tak selepas itu kami berhenti makan di medan selera dekat Uniten,makan KFC yang dapat tadi cuma disitu kami tambah beli air sahaja. Bila dah kenyang kami singgah kat Masjid di UNITEN untuk hubby bersihkan badan and sembahyang Zohor.Selepas solat kami meneruskan perjalanan ke Midvalley pula untuk shopping baju raya 2 anak bujang dan satu little boy.Memang saya dah berniat tahun ini saya hendak shopping baju anak-anak di Metro Jaya(huish berniat ke,sebab apa saya taip ayat begitu)Almaklumlah anak-anak saya semuanya lelaki kan.Tahu tak betapa jemunya saya memilih baju anak-anak,tahu jelah baju budak lelaki balik-balik belang-belang,jalur-jalur,petak-petak and plain.Kalau dah untuk 3 orang tak pening kepala.
Masa nak pilih baju mereka mesti ada satu perasaan dalam hati,macam dah pernah ada je and tahun-tahun lepas macam pernah beli je.Nak buat macam mana macam tulah setiap tahun.Tapi kira OK lah juga dalam masa 2 jam setengah dapat beli baju my little boys Naufal sebanyak 5 pasang,untuk yang nombor dua Nabil pula 5 helai T.shirt and sehelai jeans.Nabil selama ini tak suka pakai jeans ,dia suka pakai slack walaupun masa kecil-kecil dia boleh je pakai jeans.Dah bujang ini,baru tahun ini lah dia nak pakai Jeans semula.So for the retun back ini beli sehelai dulu lah,yang lain beli slack sahaja.Sisulung Naqiuddin is the most cerewet one,untuk dia hanya dapat beli satu kemeja and 2 helai jeans,T.shirt nak pergi beli dengan kawan-kawan nanti(ye lah dah taste orang bujangkan mana sesuai maknya yang pilih).Nabil senang sangat dia ikut sahaja apa yang saya pilih.Naufal pun ok juga cuma masa kita pilih baju matanya kat tempat toys.Dia minta baju yang ada gambar karektor Toys Story tapi tak ada pula.Kalau ada pun brand Adidas yang ada gambar karektor Toys Story tapi harganya pula mak aaii mahal woooi bukan perlu fikir 2 kali tapi kalau nak beli kena fikir berkali-kali pun belum tentu akan beli he he.Dah Shopping perut pun lapar semula maka kami sekeluarga pun makan pula di Noodle's Station.
Kami tak terus pulang ke Putrajaya selepas itu,tetapi terus menuju ke Gombak Setia untuk tengok Nenek dan Emak saya yang berada disitu.Lepak dirumah nenek sampai pukul 11.00 malam barulah pulang ke Putrajaya.Sebelum itu sempat singgah beli Durian lagi di Danau Kota berhadapan dengan kawasan jualan Uptown.Kami sampai dirumah pukul 11.45malam,dalam penat-penat tu sempat juga makan durian dulu.
Kesimpulannya memang penat yang amat sangat,badan penat,perut penat(asyik makan je),mulut penat(asyik bercakap je)yang paling parah poket hubby pun penat(duit keluar macam air)masa beli baju anak-anak he he.
Di Noodles Stations
Nabil menyakat Naufal
Naufal menikmati Banana Split
Naufal tu macam menang artis paling popular!!!!
ReplyDelete