Wednesday 4 August 2010

Botak Dan Piala President


Anak saya yang sulung Naqiuddin sibuk dengan bola Piala President Putrajaya tahun ini,kadang-kadang kalau ada apa-apa perancangan nak pergi mana-mana on weekends kena pastikan tak bertembung dengan perlawanan bola sepaknya.Tahun ini saya tidak lah menyekat sangat minatnya bermain bola ini.Tapi untuk tahun depan kena sekat sikit(sekat banyak kot) minatnya ini,kerana tahun depan merupakan tahun peperiksaan SPM untuknya.

Dia ini memang minat main bola sejak kecil lagi.Bukan bola sahaja kalau boleh semua dia nak masuk drama lah,nasyidlah,musabaqah pun kalau boleh dia nak masuk,sebiji macam perangai abahnya kecik-kecik dulu kot(kalau tengok gambar abah dia di album lama masa kecik-kecik dulu macam tu lah).Naqiuddin ni kalau pasal bola boleh aje dia bangun pagi-pagi sendiri,kalau tidak dua tiga kali kita kejutkan dia pun belum tentu dia akan bangun.Lepas tu kalau nak minta kebenaran main bola,suruhlah buat apa sahaja kerja cepat je dia buat,kalau tidak dia buat juga kalau disuruh tapi ambil masa sikit lah kalau nak siapnya hmmm.

Baru-baru ini dia cakap kalau dia menang Piala President ini,dia nak botakkan kepala,tapi bukan botak licin lah,pendek dari biasa aje.Since dia sudahnya dapat masuk final and akan lawan dengan team A dari pasukannya sendiri juga saya kata kena botak jugalah.Sebab Sekolah dia tetap jadi Juara Piala President ini nanti.Cuma team A atau B je yang membezakannya.Dia menerima pakai pandangan saya ini,maka dia telah membotakkan kepalanya pada hari Ahad malam Isnin yang lepas.Nak tengok rupanya macamana.....Jeng-Jeng-Jeng



Ok je Apa, tara pa pa pun

Saya memang selalu suruh dia botakkan rambutnya masa cuti sekolah untuk betulkan bentuk rambut dia yang saya rasa kadang-kadang dah macam ala-ala hero filem Tamil je. Tapi dia tak hendak.Akhirnya pasal bola, kepalanya boleh jadi botak juga,walaupun bukannya botak licin tapi kira botaklah juga tu kan.Kami selalu usik dia Pertandingan Bola yang dia masuk tu Piala President Mana(Piala President MIC ke)ngeh-ngeh-ngeh.

Finalnya nanti hari Sabtu ini mak insyaallah akan pergi tengok ya abang,mak akan ajak Cik Chu sekali.Sesiapa nak ikut sekali jomlah Perlawanan ini akan diadakan Di Pancarona Presint 18,Putrajaya.Sila bawa alat-alat tiupan untuk memeriahkan suasana kalau tak ada alat tiupan Vuvuzela macam kat Afrika Selatan World cup hari itu,alat tiupan bunyi pret-preet macam yang selalu ada masa birthday party tu pun boleh aja.Jom Kita pergi perlawanan bolasepak Piala President ya.JOOOOOM

No comments:

Post a Comment