Sunday 8 August 2010

Doa Untuk Mak Teh


Mak Teh dan anak Bongsunya Amirah

Saya sangat sibuk minggu ini,dah dua hari berturut menjengok Ateh yang sakit tenat.Keadaan kesihatannya semakin merosot sampaikan hanya morphin saja yang dapat membantu mengurangkan kesakitan,itu pun dalam keadaan mamai dia masih mengerang kesakitan.Pada hari Sabtu saya melawatnya diHospital Selayang,Mak Teh telah dipindahkan dari Hospital Besar Kuala Lumpur untuk ke hospital Selayang.Sebab menurut doktor dari HKL pakar-pakar yang khusus mengenai kanser yang dihidapi oleh Mak Teh saya ada disana.

Terperanjat saya melihatnya seminggu sahaja saya tak melihatnya,badannya menjadi lebih kurus.Melihatkan keadaanya luluh hati saya,saya cuba untuk menjadi kuat dan tidak menitiskan air mata,tapi saya tewas juga ,saya terpaksa melarikan diri saya disuatu sudut dihospital itu buat seketika untuk mententeram diri saya.

Dia asyik mengerang kesakitan dan minta nak balik,doktor juga setuju untuk membenarkan dia balik.Mungkin dalam masa satu atau dua hari lagi dia akan dibenarkan pulang.Sebelum saya pulang hari itu saya mencium pipi dan dahinya berkali-kali seakan tidak puas untuk melepaskannya,saya juga berbisik ditelinganya supaya sabar dan selalu berzikir didalam hati(dalam suara yang sebak).Dia sedar saya menangis walaupun matanya terpejam dia sempat suruh saya jangan susah hati dan jangan bersedih,dia juga menyatakan terima kasih kerana sentiasa berdoa untuknya.(lagilah saya tak dapat menahan tangis).

Saya menyuruh anak-anak saya bersalam dan cium kepala Nek Tehnya.Mak Teh saya menyebut setiap nama anak saya walaupun matanya terpejam.Dengan hubby saya pun dia mengucapkan terima kasih dan meminta mendoakannya cepat sembuh.

Hari ini pula saya diberitahu oleh emak saya Mek Teh saya telah dibenarkan balik kerumah,nampaknya Doktor lebih cepat membenarkannya pulang bukan lagi sehari dua seperti yang dikatakan sebelum ini.Saya berjanji dengan emak akan pergi kerumah nenek saya di Gombak untuk menziarahnya lagi.Tapi saya pergi disebelah petang sikit sebab perlu menyelesaikan baju-baju sekolah anak-anak dan baju kerja yang perlu digosok.

Bila saya sampai dirumah nenek pada petangnya,ramai kaum keluarga telah berada disitu.Kali ini Mak Teh dah tak bercakap langsung,cuma sekali-sekali mengerang kesakitan,saya rasa kali ini morphin yang diberi lebih kuat dari biasa. Bayangkan dah tak makan 3 hari,glukose pun tak boleh masuk lagi sebab urat-urat dan tak boleh nak masukkan glukose,tangan pun lebam-lebam.Kami sekeluarga(cousin-cousin,makcik and pakcik)mengadakan bacaan yassin untuk Ateh memohon kepada Allah untuk mengurangkan kesengsaraan yang dialami.Saya pulang kerumah dalam pukul 10.15 malam,sekali lagi saya mencium dipipi dan dahinya berkali-kali(berat hati sungguh nak balik)saya berbisik ditelinganya saya terdengar dia menjawabnya dengan suaranya yang amat perlahan.Saya rasa dia mendengar cuma dia tak berdaya nak buka mata.

Ya Allah kau kurangkanlah kesakitan yang dialaminya,berikanlah kepada keluarganya kekuatan dan ketabahan kepada dalam menghadapi dugaan ini.Amiin.

Apa-apa pun saya kagum dengan ketabahan suaminya yang saya panggil Achik menghadapi dugaan ini dengan begitu tenang sekali.Saya tahu Ateh dalam keadaan yang begitu pun dapat merasakan kasih sayang yang dicurahkan oleh suaminya Achik.Dari perbuatannya sahaja sudah tergambar besarnya kasih Achik untuk Ateh.Seperti yang saya pernah kata dulu mereka umpama "Badan Dan Nyawa" :(

Boleh lihat kisah Ateh disini ATEH 1 dan Ateh 2



No comments:

Post a Comment