Wednesday 11 August 2010

Mak Teh Dalam Kenangan


Pada hari Isnin yang lepas bersamaan dengan 9 Ogos 2010,Mak teh tersayang telah kembali ke rahmatullah.Berita yang diterima daripada emak pada pagi Isnin itu amatlah meluluhkan hati saya.Tapi bila mengingatkan kesengsaraan yang Mak Teh alami demi menahan kesakitannya melawan Kanser.Kami redha,pergilah Mak Teh dengan tenang.

Neneklah yang amat sedih kami tengok,nampak sangat nenek merasakan kehilangan anak perempuannya yang seorang ini.Dalam banyak-banyak makcik saya,Mak Tehlah yang paling soft spoken sekali dan penyayang orangnya.Seperti apa yang saya ceritakan dulu dengan Mak Teh saya boleh bercerita apa sahaja. Saya betul-betul rapat dengannya.

Ramadan dan Aidilfitri tahun ini tanpa Mak Teh,tentu rasa lain sekali.Walau apa pun kehidupan mesti diteruskan.Hanya doa sahaja yang dapat dihadiah bila terasa merinduinya.Masih tergiang-ngiang suaranya,masih terpandang-pandang senyumannya.Yang pasti disetiap doa yang ku pohon tentunya ada ruang yang khas untuk Mak Teh.Alfatihah buatnya.

4 comments:

  1. Innalillah. Al Fatihah untuk arwah. Semoga roh arwah ditempatkan bersama golongan mukmin yang lain. Takziah untuk Zana and family. Take care!

    ReplyDelete
  2. Mynn,
    terima kasih and selamat berpuasa

    ReplyDelete
  3. sedih... masih terasa...
    semoga roh ateh dicucuri rahmat~~

    ReplyDelete