Thursday 19 August 2010

Alahai Naufal


Dengan sabun pun boleh buat rambut pacak

Pagi tadi lepas sembahyang subuh tiba-tiba saya terpandang satu tulisan yang sangat besar didinding ruang tamu rumah saya,terperanjat lah juga,ialah kami baru sahaja mengecat ruang tamu rumah kami. Nampaknya kenalah touch up balik dinding ruang tamu itu.Nasib baiklah Cuma tulis namanya sahaja kalau siap lukis rumah,orang,pokok dan kereta lagilah haru dibuatnya.

Nak marah pun buat apa,tegur secara baik je lah.Dulu-dulu abangnya pun begitu juga. Saya masih ingat lagi dulu yang sulung Naqiuddin conteng dinding lagilah siap dengan gambar robot lagi.Masa tu saya nak marah sangat dengan dia,tapi bila teringatkan balik kebetulan paginya itu ada satu rancangan Di TV3,rancangan itu di hostkan oleh Dr.fadzilah Kamsah.Dalam rancangan itu Dr.Fadzilah ada menyebutkan jika anak menconteng dinding janganlah dimarah kerana itu adalah salah satu proses ingin tahu dan mencuba dalam pembesaran kanak-kanak.Selamatlah Si Naqiuddin dari kena marah hari itu.Dengan naufal ini lagilah kalau kita tegur ada sahaja nanti jawapannya.

Pagi tadi pun masa dia nak mandi sebelum nak pergi sekolah terjerit-jerit dia panggil saya,bila saya tanya kenapa ni.Dia menjawab “mak tengoklah rambut adik ini dengan sabun pun boleh buat rambut pacak”.Emaknya pula yang kebetulan tengah delete gambar dalam kamera masa itu pun tidak melepaskan peluang mengambil gambarnya.Pengaruh buat rambut pacak-pacak ini datangnya dari 2 abangnya yang besar itu.Anak-anak kan ragam yang macam ini lah yang akan menjadikan kenangan yang abadi bila mereka dah besar nanti.Hmmmmm:)


Inilah yang diconteng Naufal di dinding ruang tamu rumah.

2 comments: