Sunday 18 July 2010

Imam Muda



Imam muda tak lama lagi dah nak sampai kemuncaknya,Jumaat lepas imam muda Nuri Dan Imam Muda Azhar tersingkir,tak sangka pula,ingatkan imam muda Nuri boleh bertahan hingga final.Rupanya tidak(tiada rezeki ).Setakat ini saya tidak pernah miss menonton rancangan ini setiap Jumaat.

Bagus rancangan ini,sebelum ini tidak pernah saya terfikir banyak benda yang ditunjukkan dalam rancangan ini perlu ada pada setiap imam.Rancangan ini telah mencelikkan mata saya malah mungkin juga untuk semua orang.Rancangan ini juga membuatkan kita kalau boleh tak hendak ada siapa yang tersingkir.Masing-masing ada kelebihannya tersendiri.

Rancangan ini juga mendapat perhatian dari pihak dunia,ini begitu membanggakan sekali.Lihat sini(Imam Muda) Tapi malangnya di Malaysia ini ada juga yang tidak ambil pot mengenai rancangan ini,contohnya bila saya tanya dioffice "bagus kan imam muda semalam"jawapan yang saya terima ialah "tak pernah tengoklah".Hmmm sayangnya negara-negara luar pun amat berminat nak buat liputan tentang rancangan ini,tapi rakyat negara kita tak mengambil pun peluang yang ada ini.Walaupun banyak ilmu sebenarnya yang kita dapat dari rancangan imam muda ini.

Melencong sikit ya dari topik imam muda,dioffice saya kalau ada buat jamuan and bila nak cari orang untuk membaca doa,susah sungguh walaupun ada kaum lelaki dari peringkat umur 20 an hingga 50 an,tetapi untuk membaca doa seringkas mungkin pun puas nak cari orang yang boleh membaca,akhirnya kalau doa yang dibaca pun hanya doa makan sahaja.Kadang-kadang kalau dengar balik doa yang dibaca oleh anak saya yang bongsu ketika nak makan pun lebih panjang doanya dari yang dibaca oleh mereka yang berkenaan ini tadi,sedih kan.

Dengan rancangan-rancangan seperti inilah kita boleh dapat banyak pengetahuan.Harapan saya mungkin selepas ini dapat diterapkan disekolah-sekolah agar murid-murid lelaki mahir untu membaca doa,walaupun seringkas mungkin.Kerana mereka inilah Imam sesebuah keluarga suatu hari nanti.Dengarnya dari sumber yang tertentu imam-iman yang terkeluar dari program ini, bila keluar sahaja,pekerjaan sebagai imam dah tersedia menanti untuk mereka. Semoga rancangan Imam Muda ini akan berterusan may be bukan taip-tiap tahun tapi atleast 2 tahun sekali.Bukan apa kalau taip-tiap tahun nanti takut tak nampak ekslusifnya rancangan itu.

Imam muda top 2 pilihan saya ialah


Imam Muda Hizbur

Imam Muda Aran



Subhanallah hebatnya


2 comments:

  1. Terima kasih atas komentar anda saudara Najid. semoga Allah SWT memberikan kita semua kekuatan untuk terus menyemarakkan agama Allah di bumi yang bersifat sementara ini.
    Salam ikhlas :
    Us.Tuan Asmawi Tuan Umar
    Pegawai Perhubungan Awam JAWI
    merangkap
    Penasihat & Perancang Modul
    IMAM MUDA (ASTRO OASIS-JAWI)

    ReplyDelete
  2. pilihan wani imam muda nuri..
    tapi takde rezeki dia bertahan ke final..
    ape pun.. best dan suke tgk rancangan ni...

    ReplyDelete