Tuesday, 1 September 2009

Seminggu Ramadan







Hari Sabtu yang lepas iaitu hari yang kelapan Ramadan macam biasalah saya kena kerja dari pukul 9.00 hingga pukul 2.00 petang. Selepas kerja saya dan keluarga pergi ke Alamanda sebab nak beli baju raya untuk anak saya yang sulong Naqiuddin. Dia ini kalau nak beli baju nak di Al-Ikhsan saja, budak dah besarlah katakan tak diikutkan nanti, tak pakai pula baju yang kita beli tak mengikuti tastenya,so apalagi nak tak nak layan je lah. Pada hari itu ada persembahan kanak-kanak menari tarian pelbagai kaum diruang tengah pusat membeli belah Alamanda tu,seronok pulak menengoknya sampai meloponglah mulut Naufal melihat budak-budak tu menari. Balik dari Alamanda saya ajak Encik Yazid pergi ke Uniten Bangi disitu ada orang jual Murtabak,dah lama teringin nak makan murtabak semenjak first day puasa lagi tapi kalau hari kerja memang tak sempat nak beli. Semasa sampai disitu kami kena tunggu lagi 50 keping yang perlu dimasak barulah kami boleh dapat murtabak kami,memandangkan teringin sangat tunggu juga le. Anak-anak saya sampai tertidur-tidur sebab lama sangat menunggu dalam kereta. Sudahnya masa berbuka murtabak tu makan sikit je,selebihnya buang. Betullah seperti dalam akhbar penduduk Putrajaya paling banyak membuang sisa makanan. Saya dan keluarga salah satu penyumbang kepada pembuangan sisa makanan ini.:-(

No comments:

Post a Comment