Monday, 7 September 2009

Minggu yang membosankan



Superman kaki macam kaki itik pasal seluarnya panjang


menghabiskan masa tengok dvd ini

nampak tak ada orang kat tingkat 8 duduk dekat tingkap booring


Dari hari Jumaat lepas saya dan anak-anak tak pergi mana-mana stuck di tingkat 8 kat rumah kami ni jelah. Encik Yazid kena pergi kursus anjuran Matrade di Jalan Duta. Anak-anak bising booring tapi nak buat macamana dah abahnya kena pergi course so duduk rumah jelah. Saya suruh anak bujang saya yang 2 orang itu kemas tempat baju mereka sorted baju yang tak nak pakai lagi untuk diberi pada orang boleh pakai. Masa kemas baju-baju mereka,mereka terjumpa baju Superman dan Robin masa mereka kecik-kecik dulu. Apalagi mereka suruhlah yang kecil sekali naufal mengayakannya. Lepas mengemas sikit-sikit saya telah menghabiskan masa saya dengan melayan DVD cerita Brother & Sister season 1 and 2. Oklah ceritanya mengenai kekeluargaan. Sepatutnya minggu ini operasi kemas rumah besar-besaran tapi Captain takda jadi operasi akan ditangguh ke minggu hadapan.Saya mengemas sikit-sikit basuh balang-balang kuih. Stressnya saya dirumah ini ialah kena jawap pertanyaan naufal ayah mana,ayah balik pukul berapa,adik taknak makan nak tunggu ayah balik. Bila dia dah lapar sangat dia makan juga,tapi dia cakap kejap lagi bila ayah balik adik nak makan lagi sekali dengan ayah. Sampai tidur siang pun boleh mimpi ayahnya.Setiap 10 minit selama 4 hari berturut soalan yang sama manalah saya tak tension,nasib baik ayahnya kursus balik hari-hari kalau tidur sana alamatnya berasap kepala saya naik angin.Sabar jelah.......Cubaan bulan puasa.

No comments:

Post a Comment