Tuesday, 1 September 2009

Bubur Lambok Oh Bubur Lambok

Sila abaikan gambar tangan mamarazi

Muka bengang dan tak ikhlas nak beratur Encik Yazid je happy


Orang dah makin ramai

Second Round Beratur

Hasil kali pertama beratur



Muka happy dapat kali kedua,mission complete

Hari Ahad pula kami sekeluarga pergi berbuka puasa dirumah MIL di Batu Caves. My MIL teringin nak makan bubur lambok kampung Baru maka kami anak beranak pergilah ke kampung baru untuk ambil bubur lambok itu. On the way dari Putrajaya ke Kampung Baru semua anak-anak saya tidur dalam kereta almaklumlah malam tadi tengok bola. Bola habis 2.30 pagi tidur sekejap lepas tu kena bangun sahur pula tu yang macam tak cukup-cukup tidur pantang letak kepala lelap. Sampai kampung baru dikejutkan suruh beratur ambil bubur merungut-rungutlah mulut mereka. Masa tunggu bubur nak mula diagihkan tu muka semua muka tak ihlas je. Tapi memandangkan nenek dan nyangnya teringin sangat nak makan beratur jugalah. Bila dah dapat bubur tu seronok pula mereka dan sanggup beratur lagi sekali untuk second round,dapatlah 6 bungkus bubur. Nasib baik Naufal tidur kalau tidak adalah 8 bungkus jika termasuk saya dan Naufal beratur sama. Nak dikejutkan Naufal takut meragam jadi biarkan jelah dia tidur. 2 bungkus saya hantar kerumah nenek saya diGombak 3 bungkus bawa pergi batu Caves rumah MIL sebungkus lagi bawa balik untuk Naufal makan pagi esok.

No comments:

Post a Comment