Wednesday 24 June 2009

Nur Kasih



Sebenarnya saya dah lama tak mengikuti drama-drama bersiri di TV ,malas sebenarnya bukan apa saya balik kerja lambat balik je rumah bergelut nak masak lagi dan banyak kerja rumah yang perlu dibuat. Bila semuanya dah siap dan nak berehat sambil tengok tv mata pun mulalah mengantuk. Kalau ada pun drama yang saya tengok ialah cerekarama pada hari Sabtu. Keadaan telah berubah sejak akhir-akhir ini saya sedang mengikuti drama 'NUR KASIH' tiap-tiap hari Jumaat pukul 9.00 malam,entahlah cerita itu telah berjaya menarik hati saya sampai lambat rasanya nak tunggu hari Jumaat datang lagi. Ceritanya sungguh menyentuh perasaan dan gambarnya pula cantik macam tengok iklan,walaupun mengantuk macamana pun saya akan basuh muka untuk mencelikkan mata sebab nak tengok drama itu. Sebenarnya saya dah lama tak suka kalau jalaluddin Hassan berlakon(dulu-dulu suka lepas tu tak suka)tapi sekarang dah suka balik he he. Dekat rumah saya dan cousin je yang tengok cerita ini, suami dan anak-anak tak layan cerita ini. Kadang-kadang Cousin saya Ochu tewas juga dengan kemengantukkan matanya tapi saya tetap teguh duduk bukan berdiri ya untuk menonton cerita ini. Takpalah saya layan sorang-sorang cerita ini barulah ada feel ha.ha.ha. So jangan lupa tontonlah drama ini ya memang berbaloi.

“Adam dan Aidil tak sama.
Kalau kita berikan air pada pokok yang ini, berbunga.
Kalau disiram banyak mana pada pokok yang satu lagi tu, takkan berbunga, bang.
Malah jadi layu. Sebab dia perlukan tanah kering untuk hidup subur.
Dia perlukan matahari, tapi kita beri air, bang…”(Hajjah Khadijah)
petikan dailog dari drama Nur kasih


2 comments:

  1. Yup..cerita ni lain dari yang lain... better than intan!!

    ReplyDelete
  2. salam..
    dollies tu akak kene kecikkan size image tu dulu sesuai dengan image untuk buat favicon. kemudian akak kene upload kat mana² hosting. lepas tu akak ami url image tu tukar ngan url kat kod favicon..

    akak nak masukkan video dari mana?
    dari pc akak atau dari youtube?

    hurmm.. boleh jer nak tukar dari blogspot ke wordpress.. bila akak dah daftar ngan wordpress, kat setting die tu just import data-data dari blogspot ke wordpress akak.. tapi mmg sure ke akak nak guna wordpress? along surrender kalo pasal wordpress sebab along tak pandai.. wordpress ni terlalu advanced bagi along.. so along prefer blogspot jer..

    ReplyDelete