Sunday 14 June 2009

Hannah Montana The Movie



Naufal sejak akhir-akhir ini minat cerita Hannah Montana dan dah lama pujuk kami untuk pergi menonton cerita ini.Memandangkan hampir 14 tahun emak dan ayahnya lama tak pergi menonton wayang jadi lambatlah sikit permintaan itu nak dikabulkan. Saya rasa untuk pergi menonton wayang semula mestilah cerita yang memang betul-betul berbaloi menariknya. Hari ini Cik Aty and Cik Ochu janji nak bawa naufal pergi tengok cerita itu tapi last minute tak jadi kerana cik Aty kena pergi kerja. Tak apalah cik Aty and cik Ochu lagi dua minggu kami akan beli DVD ini dikedai Speedo. Beli je dvd ini sebab perangai Naufal ini bila dah suka sangat sesuatu cerita dia akan tengok dvd ini berkali-kali hingga sampai boleh hafal skripnya. Naufal telah memalayukan nama Hanna montana ini kepada Aina Montana. Betulkanlah macamana pun dia tetap panggil Aina. Mesti ramai orang rasa tak sesuaikan Naufal minat cerita ini tapi saya tak kisah asalkan dia tak minat cerita yang bukan-bukan oklah tu, improve juga english anak saya nanti. Jangan susahlah cik Aty and Cik Ochu naufal tak merajuklah sebab semalam mak dan ayah belikan dvd Aina Montana siri-siri dari tv.

No comments:

Post a Comment