Tuesday 9 June 2009

Cuti and shopping






Saya telah mengambil cuti pada 8 dan 9 Jun sempena cuti sekolah,memandangkan cuti rehat saya masih banyak saya mengambil kesempatan mengambil cuti dan membawa anak-anak saya membeli-belah persiapan baju raya.Sudah menjadi kebiasaan saya menyediakan segala persiapan baju raya anak-anak saya sebelum bulan puasa.Saya tidak sanggup beli baju raya anak-anak saya pada bulan puasa,nak melayan kerenah anak-anak perlu kesabaran yang sangat tinggi.Itupun semalam saya saya kena control volume suara saya dari menjerit di Jusco Sunway Pyramid semalam kalau setakat perangai Naufal yang asyik nak pergi dekat tempat toys je boleh tahan lagi,ditambah pula dengan perangai yang sulong Naqiuddin dengan Nabil yang asyik nak bergaduh dekat fitting room pun boleh bergaduh. Naqiuddin memang kuat menyakat Nabil tu yang jadi kecoh tu.Tension juga lah maknya.Masa beli baju anak-anak ini time mencuba bajulah saya paling benci sekali ditambah pula yang mencuba itu ialah 3 budak lelaki.Selepas dah beli pakaian saya singgah di kedai Croc Shoes untuk beli kasut untuk Naufal, kasut croc dia yang lama dah kecil. Tapi nampaknya bukan Naufal saja yang beli kasut tapi maknya pun terbeli sama he he he,cute pula tengok kasut design Malindi ini so belilah satu. Bila balik rumah cousin kata kawan dia Ida beli kasut ini Rm10 satu di Hong Kong dan dia beli 5 Colour lagi macam tertipu pula sebab harga yang saya beli dekat sini semalam boleh beli 11 pasang itupun selepas discount,tapi takkan nak pergi Hong Kong kot he he. Selepas pulang dari Sunway Pyramid kami singgah di Restoran Ayam Kampung di Puchong untuk makan tengahari eh bukan makan tengahari sebab kami sampai situ pukul 2.30 petang so makan petang kami.Episod pembelian baju raya ini sebenarnya belum selesai lagi baju untuk Naqiuddin and naufal tak selesai lagi,tadi banyak beli seluar saja punyalah besar Sunway Pyramid itu yang sulung tak berkenan baju-bajunya nak beli dekat tempat lain katanya. So Nampaknya akan ada lagi sessi tension ini untuk saya lagi sekali.Memang ada orang kata shopping boleh release stress,tapi shopping dengan anak-anak boleh release stress ke. Lu pikirlah sendiri he he he.


3 comments:

  1. kasut crocs azalia dah mengecut.. seruperler kasut kitatu.. beli bungatu tapi mat rapi gelakkan tak jadinak pakai

    ReplyDelete
  2. nice crocs :) salam..barang baby at affordable price. Do visit. Thanks:)

    ReplyDelete