Thursday, 4 June 2009

ERWANI




Pada hari Sabtu ini insyaallah akan berlangsung majlis pertunangan sepupu saya yang bernama Erwani Binti Esmail. Majlis Ini akan diadakan di Gombak Setia, masa saya masih bersekolah dulu waktu cuti saja Mak Jang Saya(mak Erwani) akan mengambil saya untuk menjaga Wani ni.Sewaktu dia kecil mulutnya sangat kecoh sampai burung bising diatas wayar elektrik depan rumah pun dia boleh marah kat burung itu,(macamlah burung tu faham cakap dia).Kalau saya tak tinggal dirumahnya kadang-kadang dia pula yang ikut saya balik ke rumah saya. Saya melihat dia membesar menjadi seorang gadis yang sopan satun dan berhemah. Dah hilang dah mulutnya yang becok itu bertukar menjadi gadis yang bercakap bila perlu dan seorang pendengar yang setia.Semoga majlis pertunangan yang akan berlansung nanti akan berjalan dengan lancar. Saya juga insyaallah akan menumpang mengakikah anak saya Naufal di majlis itu nanti.So tunggulah lah ya liputan saya mengenai majlis itu nanti.


2 comments:

  1. oho...
    yeke saye bercakap dengan burung?? ish..ish..
    agaknye time tu burung2 tu faham.. tu pasal la wani cakap dengan die.. hehe..
    btw, terima kasih kerana menjaga ku masa daku kecil2 dulu...

    ReplyDelete
  2. salam kak jana..
    maaf lambat reply komen..
    lepas upload lagu klik pada lagu dan amik kod yang ada bwh lagu tuh.. pastu add kat gadget cam biasa..

    ReplyDelete