Wednesday, 10 June 2009

Twilight




Semalam saya cuti untuk berehat,tapi boleh ke cuti berehat kalau dah duduk rumah? jawabnya bila dah duduk dirumah mata ini ternampaklah banyak benda yang perlu dibuat.Semalam selepas masak saya gotong royong anak beranak mengemas rumah,buang apa yang patut,vacum dan mop rumah. Meriah sungguh suasana dirumah ketika itu, mulut saya pot-pet pot-pet berleter tengok bilik anak bujang saya yang bersepah-sepah Encik Yazid pun terkenalah tempiasnya sekali (pukul anak sindir bapa:-). Lepas makan tengahari saya berehat dan melayan dvd cerita Twilight dengan hubby. Mula-mula tu hubby bising apa cerita ini asyik bercakap je booring katanya,tapi kesudahannya dia excited tengok dvd ni sampai habis. Patutlah budak-budak muda especially perempuan ramai yang bercakap tentang cerita ini. Ceritanya menarik dan heronya handsome pula.Tak rugi rasanya saya beli dvd ini untuk dijadikan koleksi dvd saya,tak sabar pula rasanya nak tunggu sambongan cerita ini nanti.Walaupun agak ketinggalan dari orang lain,kerana cerita ini dah lama ditayangkan kalau tak silap saya pada awal tahun 2009. Tapi kira oklah jugakan kalau orang bercerita pasal Twilight saya boleh join sama sebabnya saya dah tengok juga. Hantunya handsome he he he.

No comments:

Post a Comment