Wednesday 14 November 2012

"Kolam"


Deepavali telah pun berlalu semalam,masa saya kecil-kecil dahulu dalam darjah 4 hingga 6,dan masa Tingkatan 1 hingga 5,pada hari perayaan Deepavali saya pun akan sibuk juga,almaklumlah ramai kawan dikalangan bangsa India,memang meriah lah kami ini pelbagai bangsa beraya.Dari pagi sampai lah membawa kepetang jugalah kami pergi beraya.Kawan baik saya dari darjah satu hingga tingkatan 5 pula beragama Sikh namanya Rajinder Kaur,maka rumah dia adalah satu kemestian di setiap Perayaan Deepavali.Hmmmm kalau ingatkan cerita lama memang seronok.

Tapi hari ini saya nak cerita pula pasal "KOLAM",sebelum-sebelum ini saya pernah tengok "KOLAM"  ini dipamerkan dilantai-lantai pusat membeli-belah pada sambutan perayaan Deepavali,tapi saya  buat endah tak endah sahaja,tapi kebetulan pada tahun ini saya terserempak dengan orang yang sedang membuat "KOLAM" ini,memang terpegun saya melihatnya.Saya dan Encik Hubby sanggup tunggu orang yang membuat KOLAM itu dari mula hinggalah selesai.Memang halus buatannya.Sempatlah juga bertanya pada adik ipar lelaki itu dimanakah dia belajar cara membuat "Kolam " ini,adik iparnya memaklumkan tiada siapa yang mengajarnya dan dia dah mula membuat "KOLAM" dari umurnya 15 tahun,sekarang umurnya sudahpun 33 tahun.Didalam keluarga pemuda itu pun hanya dia seorang sahaja yang pandai membuat "KOLAM" .Bila saya tanya dia ada kerja lain tak selain dari membuat "KOLAM",adik iparnya berkata kerjanya pemuda itu hanya lah membuat "KOLAM" sahaja, dan pendapatan dari membuat "KOLAM" di Perayaan Deepavali boleh menampung kehidupannya untuk satu tahun,bayangkan lah upah yang pemuda itu dapat untuk membuat satu "KOLAM" ini.Mesti upahnya lumayankan.

Sayang saya tak bawa kamera masa itu,kalau tidak mesti saya akan rakamkan proses pemuda itu membuat "KOLAM".Memandangkan pemuda itu tidak pernah belajar dari mana-mana guru pun,tapi hasiltangannya yang halus dalam membuat "KOLAM",betul lah kata abang ipar Pemuda itu,kemahirannya yang dia dapat itu adalah anugerah dari Tuhan.

Yang Pasti selepas ini jika saya ternampak "KOLAM" dimana-mana pada musim Perayaan Deepavali,saya dan Encik Hubby akan lebih menghayatikan keindahan sesuatu "KOLAM" sebab kami dah tengok cara "KOLAM " ini dibuat.Tak ada lah seperti sebelum ini,kami melihatnya sambil lewa sahaja.




No comments:

Post a Comment