Wednesday 24 October 2012

Alaaaa Macam Kena Gigit Semut Je!

Saya dah simpan video ni dah nak dekat setahun dah,asyik duduk dalam draft je.Video ini sangat tinggi nilai Sentimentalnya,ia akan menjadi kenangan yang sangat berharga untuk anak saya yang bongsu Naufal.Saya selalu panggil dia My Teddy Bear.Kawan-kawan saya cakap dia terlalu kecil masa itu untuk disunatkan.tapi sebenarnya masa dia baru lahir lagi doktor dah tanya nak sunatkan sekali tak.Memandangkan abang-abangnya sendiri belum sunat ketika itu,rasanya tak molek lah kalau adiknya bersunat dulu.

Ini pun dia yang minta sendiri untuk disunatkan sebab dia tengok cerita Upin dan Upin dah bersunat dan tidak sakit,dia rasa berani untuk bersunat,so untuk mengetahui keadaan sebenarnya dia pada hari tersebut,layan je lah video ini.Kedua-dua video ini rasanya cukup untuk menceritakan keadaannya sebenarnya :)

Happy Sungguh Masa Nak Pergi Klinik









Dia kata sebelum itu "macam kena gigit semut je mak",tapi selepas itu,rasanya macam kena gigit nyamuk kot,sebab siapa yang tanya sakit ke tak.Tangan Naufal pantas je nak melepuk orang yang bertanya tu macam kena gigit nyamuk ha ha ha.

1 comment:

  1. Salam
    Pengalaman kami sunatkan dua orang sekali sangat tragis..hehe..abang mula dulu...nangis meronta2..adik pulak cool je..huhu...sampai rumah adik pulak nangis mengongoi...langsung jadi tak cool hehe

    ReplyDelete