Tuesday 24 May 2011

FitFlops Idamanku

Saya beli yang colour ini "Bronze"





Yang ini pula dalam cadangan nak beli :)


Baru-baru ini saya ada beli satu sandal jenama FitFlops ,saya sebenarnya dah lama mengidamkan sandal ini(nearly 2 tahunlah juga ),ialah memandangkan kaki saya yang panjang dan besar macam kapal ini (dengan kata-kata lain sebenarnya saya ini bersize kaki gemuk and gebu) memanglah tersangatlah susahnya nak cari size bila nak beli kasut mahu pun sandals.

Kasut yang saya boleh pakai ialah jenama Clarks And Scholl,jenama lain so far memang tak selesa.So pada suatu hari hampir 2 tahun yang lepas saya terjumpa kedai kasut diGreat Eeastern Mall disini lah mulanya saya terpandangkan dan jatuh cinta dengan sandal jenama FitFlops ini,ketika itu saya pun cubalah pakai sandal ini muatlah pula tu,cuma bila tengok harganya terbantutlah hasrat saya nak memilikinya sebab harganya yang agak mahal itu. Keeesiaaaan saya kan :(

Tapi saya ini adalah seorang yang jika nakkan sesuatu barang yang saya rasa saya boleh dapat,saya akan berusaha untuk memilikinya (wah ayat tak kuasa he he ). So penghujung bulan April yang lepas akhirnya saya telah dapat memilikinya sandals FitFlops pujaan hati saya ini.Masa waktu saya hendak membayar sandal Fitflops ini terangkatlah juga kening Encik Hubby melihatkan harganya. Encik Hubby kata apa yang buat sandal ini mahal sangat .Jawapan saya ialah"sebabnya ialah Oprah Winfrey pun pakai FitFlops ini juga "(he he jawapan yang tak boleh blah itu),macamana saya boleh terfikir dengan jawapan itu ialah masa saya mula -mula terjumpa sandal ini memang ada gambar Oprah Winfrey dipapan iklan sandal FitFlops ini,tapi masa itu dua tahun yang lepaslah.Kesimpulannya memang sangat berbaloi lah saya beli sandal ini,sebab ia "saaaangat seleeesa" bila dipakai.


Bayangkan masa Pesta Buku Antarabangsa yang lepas baru-baru ini saya pakai sandal FitFlops ini.Saya rasakan kaki saya sangat selesa dan tak sakit walaupun terpaksa menawaf PWTC yang besar itu untuk mencari buku-buku yang hendak dibeli. Saya bercadang nak beli lagi satu yang warna hitam pula.Tengah kumpul duitlah ni he he atau pun apa kata kali ini saya nak pujuk Encik hubby pula belikan untuk saya. (so Encik Hubby kalau baca blog ini saya nak yang warna hitam ya " Pleaseeeeeeee ".


laman web "FitFlops"

Friday 6 May 2011

Hadiah Yang Manis Dari Tokyo



Gambar ini pun senasib dengan entry sebelum ini dah masukkan gambar lama,cuma ayat -ayat cintanya yang berkurun lama barulah dapat dimasukkan. Namun saya rasa wajib menceritakan tentang ini. Sempena (wah sempena lagi ngeh ngeh) hari jadi saya yang ke 40 aaaan January lepas,saya telah mendapat bingkisan yang manis sempena hari jadi saya dari BFF saya Yuhana yang menetap di Tokyo.

Kami yang lama terpisah tapi dapat menjejak kasih semula melalui Facebook.Thank you Dearest ANA.Dengar ceritanya dia nak balik bulan Ogos nanti sempena Aidilfitri nanti,tak sabar rasanya nak jumpa.Terima kasih Ana untuk hadiah yang manis ini,sayang rasanya nak guna,tapi Ana pesan kalau tak nak guna lain kali dia tak hendak bagi lagi,sumpah ANA I akan guna tuala yang you bagi ini.Cuma kalau boleh bagilah selimut pula tahun depan ya, confirmed zana akan guna hari-hari dan akan ingat kat ANA ha ha (ampun Ana, zana bergurau aje).

Apa-apa pun ANA terimakasih kerana sudi ingat kat Zana walaupun kita berjauhan,dan semoga persahabatan kita berkekalan selamanya. Amiiin



nak tahu lagi cerita tentang ana kat sini ya"Yuhana"

Dating Dengan Naufal Di Disney On Ice





Gambar untuk entry ini dah lama dimasukkan cuma ceritanya agak berkurun lama baru nak dibuat.Bulan lepas sebenarnya saya pergi dating dengan si bongsu Naufal tengok persembahan Disney on ice ini.Biasanya saya hanya wakilkan cousin saya Ochu dan Wani bawa naufal pergi tengok show Disney On Ice ini,tapi kali ini saya bawa dia sendiri sebab kononnya lastlah untuk saya beri Naufal tengok show Disney On Ice ini, Saya merasakan macam dah tak sesuai Naufal nak pergi tengok lagi lepas ini ,dah macam agak besar si Naufal pada masa akan datang nak layan show-show macam ini.

Memandangkan kononnya ini merupakan kali yang terakhir saya nak bawa dia,maka saya belilah tiket yang paling mahal dan yang paling dekat supaya Naufal boleh tengok dengan lebih jelas ( tapi kalau -kalau lepas ini ada auntie-auntie yang rasa nak belanja bawa dia dipersilakan ya).

Pergi dengan Naufal memang seronok sebab dia hafal semua watak dalam cartoons Disney,even bila lagu dah keluar tapi watak cartoons belum keluar,dia dah tahu cerita apa sebenarnya akan dipersembahkan.Mulutnya sentiasa memperkenalkan kepada emaknya ini siapakah watak -watak cartoon yang berkenaan.Especially Tinkerbells and the geng,saya paling suka masa persembahan Little Mermaids sangat cantik.

Persembahan kali ini memang best sehingga tak terasa masa berlalu dengan pantas,depan tempat duduk kami ialah AC Mizal and family. Naufal sempat cuit saya,dia cakap "mak macam pernah tengok abang ni dalam TVlah" . (psst abang tuuu) Almaklum gaya AC Mizal macam orang muda belia. Boleh dikatakan saya tak pernah miss tengok show Disney On Ice ini kalau mereka datang Malaysia dari zaman "Beauty And The Beast lagi. Percaya tak yang Beauty and The Beast saya tengok dengan Encik hubby berdua sahaja kah kah kah,masa tu bujang saya yang Naquiddin dan Nabil kecil lagi,kami dapat tiket free ,apalagi kami berdua pun boleh saja layan show Disney on Ice ini, siap beli macam-macam souvenir lagi ngeh ngeh.

Apa-apa pun saya happy tengok Naufal enjoy that day, "seronok lah adik pergi dengan mak", pergi dengan Cik Chu dan Cik Wani tak seronok" off courselah seronok Naufal ye tiket berapa hengget lah pulak dengan Cik Chu and Cik Wani dulu tengok Goofy dan Donalds pun sayup-sayup je ngeh ngeh.