Tuesday 24 May 2011

FitFlops Idamanku

Saya beli yang colour ini "Bronze"





Yang ini pula dalam cadangan nak beli :)


Baru-baru ini saya ada beli satu sandal jenama FitFlops ,saya sebenarnya dah lama mengidamkan sandal ini(nearly 2 tahunlah juga ),ialah memandangkan kaki saya yang panjang dan besar macam kapal ini (dengan kata-kata lain sebenarnya saya ini bersize kaki gemuk and gebu) memanglah tersangatlah susahnya nak cari size bila nak beli kasut mahu pun sandals.

Kasut yang saya boleh pakai ialah jenama Clarks And Scholl,jenama lain so far memang tak selesa.So pada suatu hari hampir 2 tahun yang lepas saya terjumpa kedai kasut diGreat Eeastern Mall disini lah mulanya saya terpandangkan dan jatuh cinta dengan sandal jenama FitFlops ini,ketika itu saya pun cubalah pakai sandal ini muatlah pula tu,cuma bila tengok harganya terbantutlah hasrat saya nak memilikinya sebab harganya yang agak mahal itu. Keeesiaaaan saya kan :(

Tapi saya ini adalah seorang yang jika nakkan sesuatu barang yang saya rasa saya boleh dapat,saya akan berusaha untuk memilikinya (wah ayat tak kuasa he he ). So penghujung bulan April yang lepas akhirnya saya telah dapat memilikinya sandals FitFlops pujaan hati saya ini.Masa waktu saya hendak membayar sandal Fitflops ini terangkatlah juga kening Encik Hubby melihatkan harganya. Encik Hubby kata apa yang buat sandal ini mahal sangat .Jawapan saya ialah"sebabnya ialah Oprah Winfrey pun pakai FitFlops ini juga "(he he jawapan yang tak boleh blah itu),macamana saya boleh terfikir dengan jawapan itu ialah masa saya mula -mula terjumpa sandal ini memang ada gambar Oprah Winfrey dipapan iklan sandal FitFlops ini,tapi masa itu dua tahun yang lepaslah.Kesimpulannya memang sangat berbaloi lah saya beli sandal ini,sebab ia "saaaangat seleeesa" bila dipakai.


Bayangkan masa Pesta Buku Antarabangsa yang lepas baru-baru ini saya pakai sandal FitFlops ini.Saya rasakan kaki saya sangat selesa dan tak sakit walaupun terpaksa menawaf PWTC yang besar itu untuk mencari buku-buku yang hendak dibeli. Saya bercadang nak beli lagi satu yang warna hitam pula.Tengah kumpul duitlah ni he he atau pun apa kata kali ini saya nak pujuk Encik hubby pula belikan untuk saya. (so Encik Hubby kalau baca blog ini saya nak yang warna hitam ya " Pleaseeeeeeee ".


laman web "FitFlops"

6 comments:

  1. berapa rm? macam nak beli huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Cik Su,
    jawapanya RM268,sila angkat kening macam Abang yazid

    ReplyDelete
  3. Salam Suzana...

    Cantik sandal tu... mesti sedap pakai, kan?

    ReplyDelete
  4. mak saya ada beli sepasang kasut tu =)

    ReplyDelete
  5. u beli kat mana? wawa plan nak beli gak!! tgah mintak en.hubby. :)

    ReplyDelete
  6. beli kat great eastern mall ampang.tapi dekat metro midvalley pun ada juga

    ReplyDelete