Saturday 10 December 2011

Don't Break My Hearts



Bila tengok gambar ini teringat kat Naufal bila dia bila nampak orang menghisap rokok dia akan buat seperti dalam gambar ini, nampaknya berjayalah juga kempen yang di jalankan di dalam tv and media cetak,mama(pengasuh yang menjaganya bila saya pergi bekerja,suaminya menghisap rokok,jadi dia telah mengajar anak- anak yang diasuhnya kalau ternampak suaminya, buat isyarat macam iklan ini.dengan harapan suaminya berhenti merokok

Bayangkan Si Comel bila nampak kita merokok buat isyarat macam ni tak sedar juga tak tahulah kan. Anak saya seperti yang diketahui semuanya lelaki kan,satu hari saya terjumpa sepuntung rokok didalam poket baju sekolah anak yang sulung,yang dah hancur sebab termasuk washing machine,saya tanya dia ada merokok ke,dia mengaku yang dia pernah sekali mencuba,hati saya masa tu tak tahu lah nak kata,kecewa pun ada,dia kata dia mencuba sahaja ,itu kata dia lah hopefully itu yang sebenarnya .

Ialah anak lelaki kan makin dewasa makin mencabar nak mendidik mereka ini.To tell the truth anak-anak ku,sebenarnya emak kalau boleh tak suka kamu semua walaupun sekadar untuk mencuba bagaimana rasa menghisap merokok itu,sebab tak ada kebaikkan langsung,sama ada kepada si perokok atau yang terhidu bau rokok ,kedua-duanya banyak terdapat kemudaratannya.

Oleh itu seperti iklan yang dibawah ini Anak-anak Emak.

PLEASE DON'T BREAK MY HEART



1 comment: