Thursday, 29 December 2011

Ombak Rindu Naufal

Salam

Anak saya yang bujang berdua tu Naqiuddin and Nabil pergi bercuti dengan cousin saya Ochu ke Jakarta and Bandung dari 28 Disember hingga 1 Januari 2012,masalahnya sekarang Sibongsu Naufal dah mula merasa kehilangan abangnya,semalam waktu balik dari KLIA hantar abangnya yang berdua tu,kesian sungguh tengok dia,waktu melambai abang dia pergi siap pesan kat abang dia yang berdua tu "Abang jaga diri baik-baik ya" waktu dalam ERL dari KLIA Ke Putrajaya dia dah cakap adik rindu kat abang,tu baru sejam berpisah masa tu pun abangnya belum pun naik kapalterbang lagi.

Itu cerita semalam,hari ini pula lepas makan tengahari saya suruh dia tidur,dalam sejam dia tidur dia terbangun ,masa itu saya berada dibilik lain sedang mengosok baju,terkejut saya bila dia tanya mak abang mana,saya jawab adik! abangkan pergi Jakarta,Ohh adik lupa lah mak.Patutlah adik cari dalam bilik semua abang tak ada.Kesiaaaaannya dia.Dia terus pergi balik
ke katil dan sambung tidur,saya pun terpinga-pinga dia ni mengigau ke apa.

Itu lah bila ada asyik bergaduh je,bila tak ada salah seorang pun asyik tanya je,inikan pula dua-dua abang tak ada.Sabar je lah nak melayan Naufal sampai abang-abangya balik nanti.Bila kita tanya adik rindu dan sayang abang Udin ke abang Abil? dia jawab adik sayang dua-dua lah emak.Hwaaa terharunya.

Dia siap nyanyi lagu cerita Ombak Rindu lagi,yang liriknya "Hujan bawa air mata ku" sebab kerinduannya dekat abang-abangnya itu.Hai Naufal! jiwang sungguh anakku ini he he. Masa duduk-duduk menonton TV dia cakap lagi "adik tak sabar dan teruja nak jumpa abang" itulah si Naufal ayat-ayat dan bahasa yang digunakan dalam pertuturan kadang-kadang agak memeranjatkan kami dengan kata-kata lain dia selalu menggunakan ayat buku :)


Ini pula video Naufal yang dirakam oleh Naqiuddin masa kami bercuti di Port Dickson,kalau abangnya berdua denga lagu ini di Jakarta mesti mereka akan teringat adiknya,sebabnya adiknya suka sangat lagu ini,lagu dari cerita sinetron Indonesia Nada Cinta

3 comments:

  1. salam kenal..dah besar jugak anak2 awak ye..anak2 saya ne kecik2 lagi

    ReplyDelete
  2. Salam,
    mama amana and Arief terima kasih,sudi singgah,anak-anak saya dah besar ye,sesuailah pulak dengan umur emaknya:)

    ReplyDelete
  3. wah... hot nye si naufal ni... gelak2 sy dok tgok video die.. hahahaha

    ReplyDelete