Wednesday 30 November 2011

Jana Jumpa Permaisuri Dan LJ

Liyana Jasmay sangat comel and tak sangka tinggi juga dia ni sebenarnya

Wah tajuk tak tahan gitu,sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa,cerita sebenarnya nak mengisahkan pertemuan saya dengan Seri Paduka baginda Raja permasuri Agong And Liyana Jasmay.So kira ok lah letak tajuk macam kat atas tu kan he he.

Hari Ahad pada 27.11.2011 saya dan suami menghadiri majlis Perkahwinan anak kawan sekolah suami saya Di Crown Princess Hotel Kuala Lumpur. Masa mula-mula saya macam malas je nak pergi .Tapi kesian pula dekat Encik Hubby so pergi jugalah.

Kira grand jugalah wedding anak kawan hubby saya ini. Anak kawan hubby saya ini perempuan dan dalam lingkungan 19 atau 20 tahun kot,ialah ayah dia dulu satu kelas dengan suami saya so sudah pasti umur ayahhnya bawah 45 tahun lah kan.Mungkin ayahnya dulu pun kahwin muda juga. Permaisuri Agung Tunku Nur Zahirah adalah tetamu kehormatnya. Ramai tetamu orang kenamaan yang hadir ,Datuk K and Datok Siti Pun ada juga.

Masa saya nak pergi toilet saya terjumpa Liyana Jasmay,maka saya pun mengambil lah peluang untuk bergambar denganya.Anak bongsu saya Naufal suka sangat tengok cerita PAPADOM arahan Afdlin Shauki,dia lebih kenal Liyana Jasnmay sebagai Mia Sara sebab dalam cerita itu nama Liyana Jasmay ialah Mia Sara. Walaupun Liyana Jasmay berlakon filem lain dengan menggunakan nama lain,dia tetap panggil Liyana Jasmay dengan nama Mia Sara he he.

Balik je dari wedding tu saya tunjuk gambar saya dengan Liyana Jasmay dekat Naufal. Tapi agak frust juga lah gambarnya agak kabur and goyang sikit ,orang yang saya minta tolong ambilkan gambar saya dengan Liyana Jasmay pegang kamera saya dengan sebelah tangan je lepas tu saya perasan tangannya mengeletar sikit,dalam hati saya berkata pada masa itu (alamat bergegarlah gambar aku ini nanti) nak buat macamana kan orang dah tolong ambilkan gambar pun dah bagus.

Sebenarnya nak ambil gambar dengan Datuk Siti Nurhaliza pun boleh je masa itu,tapi En.Hubby saya tak ada masa itu maka tiada siapa nak tolong ambilkan gambar ,takkan nak suruh Datuk K tolong snapkan gambar kot ha ha ha.

Oh saya dapat bersalam dengan Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah,bila saya suruh En.hubby ambil gambar permaisuri Agong En.hubby saya boleh cakap dia pun nak salam juga dengan Permaisur Agong ha ha,EnciK Yazid OOOi Permaisuri Agong tu bukan Muhrim ya,kalau boleh dielakkan tak payahlah nak bersalam-salam ni Ye.

Permaisuri Agong pakai fesyen macam ini tapi warna Hitam

Dia lah Permaisuri Agong yang saya rasa paling pandai bergaya diantara Permaisuri Agong yang pernah ditabalkan setakat ini,tapi mungkin kerana dia masih muda kot.

Giftnya (kalau orang kahwin biasanya kita panggil bunga telur walaupun kadang-kadang dapat coklat je dalam nya) yang saya dapat masa wedding tu sangat nampak mewah,macam gelas yang dipakai raja -raja zaman dahulu nak tengok ke boleh je he he
O
O
O
O
O
O
O
O
O
O
O
O
O
O
V




1 comment: