Gambar kenangan dengan Cikgu Maarof masa saya darjah Lima
Salam
Lagi beberapa hari nak masuk tahun 2012,maknanya tak berapa lama juga umur saya akan meningkat he he.Saya bercuti hingga awal tahun baru tapi tak pergi mana-mana pun sebabnya Encik Hubby cutinya dibekukan. Anak-anak bujang saya yang berdua tu pergi bercuti ke Jakarta Dan Bandung mulai 28 Disember hingga 1 Januari 2012,maka saya duduk rumah layan Sibongsu. Sibongsu sejam sekali cakap dia rindu abang-abangnya,kalau ada asyik bergaduh je,bila takda rindu-rinduan.Abang-abang suka menyakat ialah siapa lagi yang nak disakat kan.Saya duduk rumah buat apa ? gosok baju sambil tengok DVD dikomputer dengan pasang air-cond lagi,bayangkan bil api yang berjalan seperti sungai yang mengalir masa proses gosok baju ini,ditambah pula dengan Naufal yang layan game and youtube di Galaxy tab or laptop ha ha.
Tahun 2011 saya sangat tak produktif menulis di blog,ada 20 entry sahaja setakat ini,tak tahulah apa nak jadi,draft banyak tapi tak diselesaikan,hish buat kerja tak habis,tu yang orang tua-tua tak suka kan.Minggu lepas saya pergi Port Dickson,seronok juga pergi dengan family my cousin Ochu,kalau rajin saya cerita kat blog nanti.Tapi tak janjilah,ada ke orang nak baca. Anak saya cakap cikgu dia pun ada baca blog saya.Ye ke? Macamanalah agaknya cikgu dia tahu blog Mak Naqiu and Nabil ni.
Sebut pasal cikgu,abahnya kawan sekolah saya Lemongrass (Mynn Maarof) telah kembali ke Rahmatullah,ucapan takziah untuk Mynn Sekeluarga,banyak kenangan saya dengan abahnya Mynn ni,selalu tumpang kereta bila kena stayback kat sekolah rendah dahulu,abahnya ada mengajar saya juga,tapi saya dah lupa matapelajaran apa,lama sangat dah masa tu saya sekolah rendah.Abah Mynn ni sentiasa ajak saya tumpang keretanya,masih ingat senyuman ikhlasnya setiap kali Jana ucap terimakasih bila turun dari kereta.Terbayang dingatan Mynn pernah cakap abah dia cerita kononnya nama Jalan Maarof Di Bangsar itu adalah sempena namanya.Tapi Mynn sampai sekarang pun kalau Jana lalu di Jalan Maarof dekat Bangsar tu mesti ingat cerita ini dan dalam hati Jana akan terbayang muka abah Mynn :( .
Jana akan percaya forever nama jalan itu diambil dari nama abah Mynn.(Pada suatu hari sedang kontraktor membuat satu jalan diBangsar ada seorang budak lelaki tengah bermain basikal,lalu kontraktor tu tanya siapa nama awak,nama saya Maarof ,maka kontrakor itu telah membuat keputusan untuk meletak nama jalan itu kepada nama Jalan Maarof. Walaupun cerita itu hanyalah cerita rekaan semata-mata,for me it always a true story. Semoga Roh Cikgu Maarof ditempatkan dikalangan orang yang beriman. ALFATIHAH.
No comments:
Post a Comment