Monday 1 November 2010

Diamond Ada Manis-Manisnya?


"Air Amat Penting, mestilah minum yang terbaik! Diamondlah yang terbaik", Dato' Sheila Majid


Rumah saya tak pernah ada filter untuk air,saya rasa yang satu floor dengan apartment saya semuanya ada filter air di paip dapur rumah mereka kecuali rumah saya. Saya kan diehard fans Sheila Majid dari dulu hingga sekarang,so bila iklan penapis Diamond ini keluar di TV je,saya selalu cakap dengan En.hubby saya nak penapis air ini dipasang dekat rumah.


Kami sekeluarga selalu tergelak-gelak bila Sheila Majid cakap dialognya dalam iklan ini "air yang ditapis oleh penapis Diamond ini ada manis-manisnya".Bila Sheila cakap je ayat tu dalam iklan, saya spontan cakap pula dengan En hubby" hah abah air akan jadi manis laa".Jawapan balik dari En.hubby pula "ermm ya lah tu" he he.Tapi akhirnya En.hubby terpengaruh juga untuk bersetuju nak pasang penapis air Diamond tu dirumah.


Hari Sabtu 30hb yang lepas wakil pengedar penapis Diamond tu telah datang kerumah saya untuk pemasangannya.Lelaki berbangsa Cina yang pasang penapis tu tanya saya "kenapa kakak memilih Diamond".Jawapan dari saya ialah sebab Sheila Majid Wa ka ka.Dia memaklumkan bahawa Shiela Majid memanglah pengguna Diamond sejak sekian lama,sebab itulah dia dilantik sebagai Duta Diamond.Bukannya Sheila Majid pakai penapis Diamond setelah sahaja dia dilantik sebagai Duta Diamond.Itu kata dialah.


Bila dia dah siap memasangnya saya pun cuba minum airnya itu untuk mencari manis-manisnya seperti yang Sheila cakap dalam iklan Diamond tu ha ha(whatever lah kak jana).Pada keesokan harinya saya buat cucur bawang campur udang untuk sarapan pagi.Saya pun tanya En.Hubby hari ini cucur bawang saya mesti lebih sedap lagi daripada biasa kan, sebabnya saya menggunakan air yang ditapis oleh penapis air Diamond untuk membacuh tepungnya wink-wink.


P/s :Cik Chu And Ida nanti kak jana buat nasi goreng yang berasnya dibasuh dengan air yang ditapis oleh penapis Diamond ya.Sure korang pengsan dengan kesedapannya ngeee.


5 comments:

  1. Rumah lama yang saya sewa dulu ada Diamond filter juga. Every week kena drained out the water from the filter. MasyaAllah cokelat betul warna air tu. I was glad we had water filter for that house.

    But we still buy mineral water for our daily consumption. So tak pasti jika Diamond filter water is sweet or not. Jana tak try minum ke? Mungkin ada strawberry flavour kot? :-)

    ReplyDelete
  2. gina,
    kami pun still beli mineral water untuk letak dalam kereta and bawa ke office sebab botolnya senang nak bawa ke mana-mana,kalau bawa air diamond tu,nanti kalau botol tertinggal mana-mana susah pulak.

    Diamond filter water tu rasanya Sheila majid sorang je yang rasa manisnya kah kah,kami rasa biasa je,minum satu mug penuh untuk mencari manis-manisnya sampai sudah tak dapat rasa, yang rasa ialah (hilang dahaga) :).

    ReplyDelete
  3. ish..tak saba nak pengsan ni kak jana..nak makan nasik goreng!!

    ReplyDelete
  4. ishhh tak sabar nak pengsan gak.... nak nasi goreng diamond!!!!

    ReplyDelete
  5. sis,lucu kot cite sal manis2 nye tuh..hahaha..even air evian pon xde rs manis2..agaknya shila majid ms mnum air diamond tuh ade cekelat kot dlm mulot dia tuh..tu rs mnis2 tuh

    ReplyDelete