Monday 21 November 2011

Naufal Dah Nak Berkhatan

Hari sabtu ini bersamaan dengan 26/11/2011 saya dan suami bercadang nak sunatkan sibongsu kami Naufal,booking telah dibuat disebuah klinik di Shah Alam,dia akan disunat InsyaAllah menggunakan SMART CLAMP" or lebih juga dikenali dengan nama Tara Clamp, abang-abangnya dulu menggunakan kaedah ini juga. Apa-yang kami dapati abang-abangnya dulu tidak sakit dan cepat baik .Hopefully Naufal pun macam itu juga.

Ada juga kawan-kawan dioffice saya cakap adalah terlalu awal sangat kami nak sunatkan Naufal dia baru tujuh tahun.Kesian kata mereka .Tapi saya dan suami tetap juga nak sunatkan Naufal.Naufal pun tak kisah sangat,bila kita cakap Sabtu depan adik akan kena sunat.Dia jawab selamba je "Ok" tanpa reaksi takut pun. Dia cakap Upin dan Ipin pun dah sunat mak tak sakit pun he he.Kebetulan baru-baru ini cerita Upin dan Ipin pun mengisahkan cerita mengenai mereka bersunat.So sedikit sebanyak ia dapat membantu juga lah.

Sebenarnya masa baru dilahirkan lagi Doktor dah tanya nak sunatkan sekali ke Naufal ni,menurut doktor kalau sunat masa baby lebih senang nak dijaga lukanya,tapi memandangkan abang-abangnya sendiri masa tu pun belum bersunat lagi, maka saya rasa ketika itu adalah lebih baik kami menyunatkan abang-abangnya dulu.

Abahnya yang rasa susah hati dan berdebar sikit sebab Naufal kan terlebih manja,harap-harap oklah hendaknya. Permintaan Naufal selepas bersunat ialah dia hendak Play Station 3,rasa-rasanya dapat tu,pasti En.hubby saya akan belikan.Abang-abangnya yang lebih -lebih dok promote kan sibongsu lepas sunat adik mintalah PS3 kat ayah,sebabnya mereka nanti pun boleh tumpang main sama. Masa abang-abangnya bersunat dulu beli PS2,so bila adiknya pula surelah kena upgrade ke PS3 pula he he.

Macamana lah agaknya hari Sabtu ini bukan kami sekeluarga sahaja yang berdebar-debar ,tapi makcik-makciknya(my cousin) pun sama.Terutama Cik Chu dan Cik Aty Dottynya.Siap suruh buat liputan penuh masuk FB dan Blog lagi, Itu tak pasti lagi boleh dapat ke tidak,takut kena bebel dengan watak utamanya Encik Naufal ,sebab selalunya bila saya ambil gambar dia ayat Diva yang sering keluar dari mulut dia ialah "Emak Please No camera"' ha ha.

Dah nak sunat dah teddy bear emak ini



Ini gambar masa dia berumur setahun lebih



3 comments:

  1. Malaysia Boleh! Siap sms permintaan die kueh sampret lagi...'ala kuih hijau2 tu cikchu'

    ReplyDelete
  2. wak pon dulu penah sunatt... eee wak dah datang niii nk komen komennnnn.........

    ReplyDelete