Saturday 13 August 2011

NOVEL ATAU DRAMA


Saya memang sangat suka baca Novel boleh dikatakan every month beli Novel ,yang dibeli dengan duit sendiri minta suami belikan lagi,kesudahannya berkotak-kotak novel ada dirumah saya.Jika saya suka sangat satu-satu novel itu saya akan mengulangi membacanya setiap tahun.Bila dah banyak-banyak kadang Encik hubby saya bising sebab bilik saya dah penuh kotak-kotak yang berisi Novel. So penyelesaiannya saya akan membuat tapisan dan akan memberi kepada orang-orang lain yang suka membaca novel juga(contohnya kawan-kawan atau staff En.Hubby).


Sebenarnya yang nak saya ceritakan hari ini ialah mengenai trend sekarang suka buat filem atau drama yang diadaptasikan dari Novel,pandai pengusaha filem and drama sekarang kan.Orang yang baca Novel akan menonton drama atau filem sebab nak tengok version drama atau filem,orang yang tak berapa minat baca novel akan pasti cari novel untuk memahami lagi sesebuah filem atau drama dalam version novel pula kan.Tapi oklah tu sesama membantu ekonomi pengeluar filem and penulis novel akan meningkat.


Gambar yang tertera diatas ialah syarikat penrbitan drama yang dipunyai oleh kakak Datuk K(husband Datuk Siti)akan menerbitkan 7 drama yang diadaptasikan dari Novel,tak sabar rasanya nak tengok. 5 dari tujuh novel yang tertera diatas adalah diantara novel wajib yang saya akan ulang mebacanya setiap tahun.

Kalau diberi pilihan saya teringin sangat nak tengok novel pilihan saya iaitu Jaja dan Din dijadikan drama,novel ini ditulis Puan Noor Suraya .Mengapa saya pilih novel ini ialah novel ini really menginsafkan kita terutama pada bab-bab solat ini,lagi satu kalau diberi peluang juga saya ingin Nora Danish yang jadi Jaja dan Din nya pula ialah Ady Putra. He he berangan tak salah kan.
Tetapi sebenarnya susah kita nak dapat feel seperti yang kita rasa di dalam novel bila kita tengok dramanya.Contohnya Nora Elena tetap tak sama membaca dengan menonton.Apa yang saya rasa ialah membaca bila kita teringat kita akan baca berkali-kali,tapi bila di dramakan biasanya kita hanya akan tengok sekali atau paling banyak pun 2 kali. Itu pendapat sayalah orang lain saya tak tahu. Yang pasti saya tak sabar nak tunggu drama-drama ini ditayangkan katanya hujung tahun ini.Weeeei bestnya hopefully pelakon-pelakonnya nanti akan dapat memenuhi dan menepati citarasa pembaca tegar seperti saya ini.Lagi best lah kan kalau boleh heroinnya nanti semua drama ini ialah Fazura ha ha. Fazura ada kelasss. "I like the way she talk,so sweet". Puan Jana sila stop berangan di bulan puasa ini........:)





Tiba-tiba pula masukkan gambar ini balik :) (FAZURA AND ME)





My favourite Novel by Noor Suraya



No comments:

Post a Comment