Gambar ni Naufal yang pilih dia kata dia suka gambar ini
Alhamdullilah hari ini dah sebelas hari kita berpuasa,Naufal pun so far tak pernah tinggal satu hari pun berpuasa setakat ini(Syabas Betha).Walaupun semalam dia demam selsema dia tetap berpuasa,cuma saya bercuti semalam untuk menjaga dia.Bersyukur saya kerana dia tak banyak kerenah dalam menjalani ibadah puasa,dibandingkan dengan abang dia yang berdua dulu masa mula nak belajar puasa masa kecil,nampaknya Naufal lebih cekal :).
Hari ini juga merupakan hari jadi anak saya yang nombor 2 Muhammad Nabil,Kami dirumah memanggilnya Abil.Tahun ini merupakan harijadinya yang ke 15 tahun.Dah hampir 2 tahun harijadinya jatuh pada bulan Ramadan,so kami menyambutnya ala kadar je almaklumlah bulan puasa.Semalam waktu balik sekolah dia terperangkap dalam Lift dia seorang je yang dah remaja yang lain semua kanak-kanak sekolah rendah macamana lah dia mententeramkan budak-budak tu dalam lift,katanya setengah jam jugalah dia menunggu untuk bantuan datang.
Saya yang masa tu berada dirumah tak tahu pun kejadian itu berlaku,katanya dia ada menekan loceng kecemasan tapi tak ada orang dengar (masa itu semua orang bekerja dioffice) kalau yang ada pun surirumah sahaja mungkin mereka tak perasan,bila dia ketuk pintu lift dan meminta tolong nasib baik ada yang mendengarnya.
Itulah risikonya duduk apartment masalah lift sentiasa ada. Buat Nabil anak mak yang baik "SELAMAT HARI JADI" teruskanlah dengan sikap Abil yang seperti sekarang ini dan belajar rajin-rajin ya itu semua untuk masa depan Abil nanti.Emak sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak emak semuanya.Amiin
saye pun pilih gambar terakhir...cute sgt!!!
ReplyDelete