Hari anak saya yang bongsu Naufal balik dari sekolah dengan membawa surat rujukan dari Doktor yang check mata untuk murid-murid sekolah.Naufal mengalami masalah penglihatan dan telah dirujuk kepada Pakar Mata Di Hospital Putrajaya. Appointmentnya telah ditetapkan pada 12 September pukul 2.30 petang.
Adakah ini bermaksud Naufal akan kena pakai cermin mata, kalau ya ini bermakna Naufal lah generasi pertama dalam keluarga saya dan Encik hubby yang kena pakai cermin mata diusia yang muda. Tadi dia cakap Cikgu kelasnya pesan nanti jangan buat cermin mata yang mahal-mahal. Itu sememangnya dah pasti, budak macam Naufal nak pakai cermin mata,pakai jam ditangan pun asyik sekejap pakai sekejap buka,kalau kena pakai cermin mata nanti entah macamana lah pula ragamnya.Emak dan ayah yang pasti akan dapat tugas baru nanti asyik nak kena jaga cermin mata dia. Hmm tengok je lah bila sampai waktunya nanti.
Mungkin ini lah akibatnya kalau asyik mengadap TV dan komputer je,tapi nak buat macamana kan komputer itu keperluan utama zaman sekarang. Saya rasa bukan sahaja semua budak-budak malahan orang tua pun sama asyik mengadap komputer juga :)
Agak -agak budak ni pun nanti comel tak kalau pakai cermin mata
Hari ini dah masuk hari yang ke 20 puasa cepatnya masa berlalu,rumah tak kemas lagi bila nak start kemas ni ,rasanya minggu ini masa yang paling sesuai.semalam dah beli mask untuk tutup hidung sebab saya dan anak saya yang nombor dua Nabil sangat alergic dengan habuk.Kalau dah terbersin-bersin nanti berkemas rumah entah pergi kemana sudahnya.Naufal setakat ini tak tinggal lagi puasa,selamba je dia,cuma lepas waktu berbuka dia minum Teh O kurang manis dekat setengah jug Naufal sangat suka dengan Teh O.Semalam saya pergi dengar ceramah Penerapan Nilai-Nilai Murni dioffice .Jemputan penceramah semalam ialah Ustazah Sharifah Khasif Fadzilah binti Syed Badiuzzaman pemenang Qariah Musabaqah Antara Bangsa untuk Tahun Lepas. Bila dia mengaji Masya Allah and Subhana Allah meremang bulu roma kita dibuatnya merdu sungguh. Tajuk ceramah semalam ialah Al-Quran Cahaya Sunnah.
Kelmarin saya pergi juga dengar ceramah ini dan penceramah kelmarin ialah Imam Muda Asyraf juara peserta Imam muda tahun lepas.Saya memang suka bulan ramadan Di JPA kerana boleh dengar banyak ceramah ugama.Cuma tahun ini tak seseronok seperti tahun-tahun lepas kerana ceramahnya dalam seminggu hanya 2 atau 3 kali,sedangkan di tahun lepas hari-hari ada ceramah :(.
Nak buat macamana sebab yang organise ceramah tahun ini bukan orang yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya.Bila aktiviti-aktiviti agama dicampurkan dengan aktiviti-aktiviti rumah-rumah seperti rumah sukan macam ini lah jadinya.kalau boleh bulan ramadan ini kami nak dengar ceramah sahaja,ini tidak siap dengan kuiz lah so masa ceramah tu pendeklah sikit hmmm. Tapi still bersyukur dengan apa yang ada,takpalah 2 atau 3 kali seminggu pun tak apa daripada tak ada langsung betul tak.
Oh ya masa ceramah semalam saya tunggu sampai ustazah keluar dari auditorium sebabnya nak salam dengannya nak ambik berkatlah katakan. Seperti tahun-tahun yang lepas sambil berbuka nanti saya akan ceramah lah pula kepada family apa yang saya dah dengar tadi .So far nampaknya anak-anak dah Encik Hubby berminat dengan apa yang Ustazah Jana ni sampaikan pula he he.
Dalam ceramah semalam Ustazah Sharifah Khasif berkata barang siapa yang mengamalkan sentiasa membaca Al-Quran segala doa-doanya yang dipinta akan didahului dimakbulkan daripada doa-doa orang lain
Ustaz Imam Muda Asyraf pula kelmarin menyatakan "berdoalah kita seperti bayi yang menangis meminta susu kepada ibunya,contohnya bila baby menangis nak susu menangis perlahan mungkin ibunya akan meneruskan kerja-kerja yang mereka sedang lakukan ketika itu,tapi bila baby menangis dengan kuat,ayer mata yang meleleh-leleh dan muka yang merah pasti ibunya akan berasa belas dah terus menyusukan bayinya,begitulah juga kita umat Muhammad ini berdoalah kita dengan seluruh hati,dan merayu sehingga menangis kepada Allah S.A.W nescaya InsyaAllah akan dimakbulkan doa kita terutama sekali dihari 10 terakhir penghujung bulan Ramadan yang mubarak ini.
Itu antaranya yang saya ingat dari dua ceramah yang saya dengar,kalau silap pendengaran dan pemahaman saya harap maaf ya.Yang buruk itu adalah dari saya yang baik itu adalah dari Allah SubhanawaTaala.
P.S. Di bulan Ramadan ini saya sangat rindu dengan aruah abah saya.
Saya memang sangat suka baca Novel boleh dikatakan every month beli Novel ,yang dibeli dengan duit sendiri minta suami belikan lagi,kesudahannya berkotak-kotak novel ada dirumah saya.Jika saya suka sangat satu-satu novel itu saya akan mengulangi membacanya setiap tahun.Bila dah banyak-banyak kadang Encik hubby saya bising sebab bilik saya dah penuh kotak-kotak yang berisi Novel. So penyelesaiannya saya akan membuat tapisan dan akan memberi kepada orang-orang lain yang suka membaca novel juga(contohnya kawan-kawan atau staff En.Hubby).
Sebenarnya yang nak saya ceritakan hari ini ialah mengenai trend sekarang suka buat filem atau drama yang diadaptasikan dari Novel,pandai pengusaha filem and drama sekarang kan.Orang yang baca Novel akan menonton drama atau filem sebab nak tengok version drama atau filem,orang yang tak berapa minat baca novel akan pasti cari novel untuk memahami lagi sesebuah filem atau drama dalam version novel pula kan.Tapi oklah tu sesama membantu ekonomi pengeluar filem and penulis novel akan meningkat.
Gambar yang tertera diatas ialah syarikat penrbitan drama yang dipunyai oleh kakak Datuk K(husband Datuk Siti)akan menerbitkan 7 drama yang diadaptasikan dari Novel,tak sabar rasanya nak tengok. 5 dari tujuh novel yang tertera diatas adalah diantara novel wajib yang saya akan ulang mebacanya setiap tahun.
Kalau diberi pilihan saya teringin sangat nak tengok novel pilihan saya iaitu Jaja dan Din dijadikan drama,novel ini ditulis Puan Noor Suraya .Mengapa saya pilih novel ini ialah novel ini really menginsafkan kita terutama pada bab-bab solat ini,lagi satu kalau diberi peluang juga saya ingin Nora Danish yang jadi Jaja dan Din nya pula ialah Ady Putra. He he berangan tak salah kan. Tetapi sebenarnya susah kita nak dapat feel seperti yang kita rasa di dalam novel bila kita tengok dramanya.Contohnya Nora Elena tetap tak sama membaca dengan menonton.Apa yang saya rasa ialah membaca bila kita teringat kita akan baca berkali-kali,tapi bila di dramakan biasanya kita hanya akan tengok sekali atau paling banyak pun 2 kali. Itu pendapat sayalah orang lain saya tak tahu. Yang pasti saya tak sabar nak tunggu drama-drama ini ditayangkan katanya hujung tahun ini.Weeeei bestnya hopefully pelakon-pelakonnya nanti akan dapat memenuhi dan menepati citarasa pembaca tegar seperti saya ini.Lagi best lah kan kalau boleh heroinnya nanti semua drama ini ialah Fazura ha ha. Fazura ada kelasss. "I like the way she talk,so sweet". Puan Jana sila stop berangan di bulan puasa ini........:)
Tiba-tiba pula masukkan gambar ini balik :) (FAZURA AND ME)
Gambar ni Naufal yang pilih dia kata dia suka gambar ini
Alhamdullilah hari ini dah sebelas hari kita berpuasa,Naufal pun so far tak pernah tinggal satu hari pun berpuasa setakat ini(Syabas Betha).Walaupun semalam dia demam selsema dia tetap berpuasa,cuma saya bercuti semalam untuk menjaga dia.Bersyukur saya kerana dia tak banyak kerenah dalam menjalani ibadah puasa,dibandingkan dengan abang dia yang berdua dulu masa mula nak belajar puasa masa kecil,nampaknya Naufal lebih cekal :).
Hari ini juga merupakan hari jadi anak saya yang nombor 2 Muhammad Nabil,Kami dirumah memanggilnya Abil.Tahun ini merupakan harijadinya yang ke 15 tahun.Dah hampir 2 tahun harijadinya jatuh pada bulan Ramadan,so kami menyambutnya ala kadar je almaklumlah bulan puasa.Semalam waktu balik sekolah dia terperangkap dalam Lift dia seorang je yang dah remaja yang lain semua kanak-kanak sekolah rendah macamana lah dia mententeramkan budak-budak tu dalam lift,katanya setengah jam jugalah dia menunggu untuk bantuan datang.
Saya yang masa tu berada dirumah tak tahu pun kejadian itu berlaku,katanya dia ada menekan loceng kecemasan tapi tak ada orang dengar (masa itu semua orang bekerja dioffice) kalau yang ada pun surirumah sahaja mungkin mereka tak perasan,bila dia ketuk pintu lift dan meminta tolong nasib baik ada yang mendengarnya.
Itulah risikonya duduk apartment masalah lift sentiasa ada. Buat Nabil anak mak yang baik "SELAMAT HARI JADI" teruskanlah dengan sikap Abil yang seperti sekarang ini dan belajar rajin-rajin ya itu semua untuk masa depan Abil nanti.Emak sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak emak semuanya.Amiin
Gambar ini pula saya pilih sebab saya yang suka :)
Naufal sangat excited nak berpuasa, 2 hari sebelum menjelang Ramadan ini dia asyik cakap "Mak adik tak sabar nak Kuasa". So pagi tadi hari yang dinantikan dah tiba he he,susah jugalah ayah dia nak kejutkan dia untuk bangun sahur. Masa dikejutkan dia cakap"adik tak laratlah Ayah" tapi ayah dia pandai memujuk akhirnya dia bangun dan bersahur.Dengan muka yang monyok tapi nasi habis juga sepinggan lepas tu minum secawan Teh O (his favourite) and lepas tu ditambah lagi sebotol susu. Rasanya dah cukuplah tu,kalau diikutkan boleh bertahanlah puasanya,tapi kita tengok je lah nanti macam mana ye.Emak dan ayah mesti teringatkan dia masa bekerja nanti "Tahan ke tidak anak dia ni berpuasa.
InsyaAllah harap-harap bertahanlah dia .Masa bersahur saya cakap kat Naufal kalau adik tahan puasa nanti kita boleh pergi Zoo lagi ha ha.Semalam dalam kereta dia cakap"mak nanti dah puasa, kita raya masa raya nanti mak buat ketupat ayah kacau dodol" .mak dah ayahnya terus "Gulp" ha ha,mak rebus ketupat segera bolehlah Naufal ,ayam ketupat pun mak tak pandai ,ayah pula nak kacau dodol adoooyai he he kita belilah jelah nanti kalau adik nak ye.Naufal sebenarnya terpengaruh dengan animasi "Upin and Ipin ", Cerita itu untuk version Hari Raya memang ada menunjukkan Opah and Kak Ros menganyam ketupat and kacau dodol untuk raya.
So kita tunggu je samada Naufal puasa sekerat hari atau pun dapat bertahan sampai ke Maghrib :)
Air rebusan yang baik
-
Asalamualaikum dan selamat tahun baru 2025... semuga tahun yang mendatang
akan lebih baik dari tahun tahun sebelumnya dan membawa beribu kebaikan
untuk ...
BAKSO JAWA MALAYSIA
-
Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes
kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'.
...
Link to New Blog - Chronicling Kate
-
Please click here to visit the new blog -- Chronicling Kate. The new site
address is chroniclingkate.blogspot.com
DAY 3 : 03.08.22
-
Harini ada cabaran makan dengan kawan masa lunch. Kawan datang kita raikan
cuma jaga portion.. jaga apa yang diambil.
Berjumpa kawan sekolah memang bahag...
Siapa Hamba Pencinta Allah?
-
Pada zaman dahulu ada seorang ahli ibadah bernama Abu bin Hasyim yang kuat
sekali tahajudnya. Hampir bertahun-tahun dia tidak pernah meninggalkan
solat tah...
Membuat keputusan
-
Hidup kita dibentuk oleh keputusan dan tindakan yang dilakukan pada setiap
saat. Mengambil keputusan untuk menerusan kehidupan ialah sesuatu yang amat
...
Them Lot
-
.
.
.
Akhirnya, habis dah budak-budak multimedia ni belajar. Yang merungut adalah
dalam 69 orang. Yang tak berapa gemar kelas ni adalah dalam seorang. Laa, ...
Agar-agar Sirap Ros Lapis Buah Koktel
-
Assalammualaikum.
Agar-agar sirap ros, antara juadah pencuci mulut yang legend, tidak lapuk
ditelan zaman dan tak jemu dimakan walaupun muncul pelbagai v...
Temporary Pain
-
Credit to Motivationping.com
*I am too tired. *
*I am too hopeless. *
*I am feeling lost.*
*I am wandering in a sea of people, trying to find answers. *...
MULTIGRAIN RICE
-
I got the idea of eating multigrain instead of white rice when I first ate
at Nene Chicken. Their rice is nice and I fall in love with it. I read
and s...
Masa Itu Emas!
-
Assalam.
Memang benar, masa itu sangat berharga. Kalau kita tidak uruskan dengan
baik, maka kita akan jadi manusia yang akan terus berkata, "TIADA MASA"
m...
WRITING WORKSHOP
-
Today I have a chance to attend a writing workshop organized by UMP
Library. The speaker for the workshop is Encik Mohd. Hamka Bin Embong of Kereta
Maya...
School camping
-
Beberapa bulan yang lepas, Ryan pertama kali join camping sekolah under
Unit Beruniform bg Kadet Tunas Remaja Sekolah. Kali ni ke area Kuala
Selangor un...
Babyshop The Curve
-
*Babyshop* tu nama kedai ok. Yang *SANGAT BEST*. Babyshop ni kira leading
baby store dekat Middle East la, started in Bahrain and lepas tu ke
negara-negar...
Hello Again!
-
I have been staying home for almost one month now. I had a hysterectomy
done on 9 August 2018, after which I was given a 42 day MC.
Staying home is not so ...
Bantot si kecik kenot
-
Assalammualaikum dan salam sejahtera
Cerita lama masa Bantot masih kecil, rindu dengan budak ni, sekarang asyik
nak keluar je dan jarang balik, kesayanga...
it's second time bullshit happend
-
hi uollss.. happy dewali guysss...
I have a story to tell...
last weekends.. as usual my friends decided to pegi bukit bintang... if
driving its only too...
Taman Tasik Cempaka
-
Last weekend sempat bawa Doter jalan-jalan di Taman Tasik Cempaka. Selalu
lalu di kawasan ni tapi tak pernah singgah dan tak tau apa yang ada dalam
taman ...
.:ispahan cake:.
-
peace be upon u & hello
yeah ispahan cake again...and this time customer send me the cross
sectional of the cake
thank you!
p/s: btw what is happening ...
Perjalanan Indah Raya 2016
-
Salam Dunia, Salam Semua, Salam Hari Raya- Ini Hari Kemenangan Kita, Tiada
lagi ketakutan- bak kata M.Nasir:)
Lama betul tak menulis disini- just now i fo...
Ehem..ehemm...ada orang kerr?
-
Assalam cikjah!
MashaAllah....lamanya kami menghilang. 8 bulan ada kira-kiranya. Namun,
hilangnya kami tak bermakna terkuburnya blog Pienkcat kesayangan k...
Eranzi ECO100 (1st Malaysian 100 Miler)
-
Touted as the 1st ever 100 miler trail run in Malaysia, and now into its
2nd year. The 100 miler category of course being a new edition this year on
top ...
Quickie!
-
it's been a very long time since i last post an entry here. well, life has
been good but i am really really busy like there is not time even to look
at the...
#Nostalgic
-
Someone out of the blue said that Adele reminds him of me.
Terus terkenang lagu2 Adele yg macam she's singing for me, for us ..that
have been through thi...
BAKED BLUEBERRY CHEESE CAKE
-
Baked Blueberry Cheese Cake - Kek keju yang halus, gebu dan lembab sangat
enak dinikmati ketika sejuk. Resepi kek keju yg enak dan lazat ini
diperolehi d...
This is the story.....
-
Assalamualaikum. Dah lama I tak blogging. Kali ni rasa nk share story
sepanjang I menyepikan diri dari alam maya ini. But kali ni xde gambar ye.
I jus...
London-bound baby...
-
In a couple of days, our firstborn will be embarking upon her next journey
in life in London. It feels surreal, and I'm having mixed feelings about
her lea...
ANIKA TEMPAHAN
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Lama jugak saya tak update kann.. Mood
agak ke laut dan dalam pada tu banyak perkara terjadi yang tetiba saya
terpaks...
obsesi
-
letli...
saya agak obses terhadap maskara.
fungsi yang pelbagai.
memanjangkan ada...
menebalkan ada...
melentikkan pun ada...
sukaaaa...
anda pula bagaimana...
My last post
-
I’ve tried but to no avail….
I thought that I could find my blogging mojo back by hibernating for a few
months and a few weeks….
I’ve searched high and ...
FATHER'S DAY 2013
-
HAIPPPpp!
Jangan la gelak sebab post father's day ni agak kelewatan.
saje nak share jugak sikit je gambar gambar father's day 3 bulan lepas.
Kalau nak tahu...
Buka Tuisyen Di Rumah Mama
-
Asalamualaikum kawan kawan saya buka tuisyen kanak kanak budak kecik di
rumah mama untuk baby yang mama jaga je kita buka dan murid murid ada 4
orang nama ...
Farewell!
-
All bad things come to an end – and, as you’ve probably already surmised
from the lack of updates over the last six months, *My First Dictionar...
OOI AH KOW
-
Berikutan dengan tersiarnya rencana saya mengenai Ooi Ah Kow “ Hidup dan
Matinya Sebagai Wartawan” di Utusan Malaysia 18 Febuari 1978, isterinya
telah men...
Sambal Terasi (Mums version of Chili Oil)
-
OK, OK, its taken me awhile to get my big behind to start this again but I
am back and I have a whole load of recipes for you to try. Yes, yes... I
will tr...