Nampak tak buku yang satu lagi tu "1 Hari 1 Resepi" ,konon-kononya nak ikut macam cerita "Julie & Julia tu,sebab itu lah saya beli buku tu,tapi nampaknya buku tinggal buku aje lah ya, weekday lebih banyak beli sahaja lauk tinggal masak nasi je,weekends pula barulah nak memasak, itu pun kalau tak pergi kemana-manalah.Masalahnya ada ke yang tak pergi mana dihujung minggu ngeh-ngeh.Tapi sebenarnya buku itu sangat bagus,bila kita teliti isi kandungannya senang sebenarnya memasak ini hendak dengan tak nak sahaja ya puan-puan.Buku ini juga sesuai untuk dihadiahkan kepada pasangan pengantin baru and pasangan lama yang jarang-jarang masak untuk mengingatkan balik skill memasak dan resepi-resepi yang ada untuk hidangan hari -hari.
Ada lagi satu benda yang saya beli sebenarnya,tapi nanti lah saya buat satu entry khas untuknya,sebab benda ini agak berat juga nak nak diceritakan di blog ini.Saya tengah fikirkan lagi nak buat atau tidak cerita pasal entry ini,sebab macam segan lah pulak,takut tak menjadi.Tapi manalah tahu kot-kot kalau saya berubah fikiran nanti InsyaAllah adalah ya,kalau tak ada ceritanya itu maknanya Mak Jana ini belum bersedia lagi lah nak menceritakannya ;)
P/S Saya sekarang ini tengah baca Chapter 33 buku (A Doctor In The House(The Memoir Of Tun Dr.Mahathir Mohamad).So far best sangat, setiap rakyat Malaysia kena baca pada pandangan saya).Tapi buku ini seriously tebal saya baca atas katil and letak atas bantal lagi,tak larat nak pegang.Sebabnya tangan kiri saya sakit sebab hari tu terjatuh masa sembahyang.
No comments:
Post a Comment