Friday, 8 November 2013

Penangan "Love You Mr.Arrogant"





Semalam cerita" Love You Mr.Arrogant" episod akhirkan,cerita ini menjadi cerita kegemaran anak bongsu saya Naufal. Apa yang saya perasan apa-apa cerita yang disukai dan dilayan oleh mamanya(baby sitter yang jaga dia waktu saya pergi kerja) dia akan suka juga,dulu-dulu dia suka cerita or mengulas balik pasal sinetron Indonesia,blurr saya di buatnya.tapi sekarang ok sikitlah sebab kebanyakkan  drama bersiri sekarang di adaptasikan dari novel ,saya pula suka baca novel,jadi ada juga saya faham bila dia cerita pasal drama kerana novel yang dibuat drama itu saya dah baca,ialah kebanyakkan yang dah dibuat drama itu berdasarkan dari novel popular kan.Tapi " Love You Mr Arrogant" saya memang tak baca novelnya,beli pun tidak.Mungkin dari tajuknya saya tak berapa nak minat dan penulis novel ini  penulis baru pula,tu yang lambat sikit nak terpikat.

So ceritanya semalam episod lastkan,Si Naufal ni dah tak senang duduk nak tahu kesudahannya,adalah adegan suspen-suspen sikit kan semalam.mulut dia bising: mak dah baca buku ini, nanti last jadi apa emak" .Saya jawab saya tak tahulah,novel memang dah ada kawan bagi pinjam tapi still tak sempat nak baca.Nak tahu apa dia buat,dia ambil buku tu baca bab last sambil tengok drama tu.Dalam hati saya apahal anak aku ni, apa dah jadi,obses sangat dengan cerita ini,baru darjah 3 je kot.

Lepas tu dia cakap apa kat saya."adik dah baca emak part last,akhirnya dia ok dengan Mr.Arrogant dia bahagia".OMG Naufal! tolonglah Naufal,memang tak boleh blah ha ha ha.Naufal ni kan sebenarnya suka sangat cerita seram,kalau cerita seram,dia sampai hafal cerita itu dibuat pada tahun bila(yang ni dia memang mewarisi perangai emak dia,kalau dah minat sesuatu very lah the detail you).So saya rasa baiklah Naufal teruskan sahaja minatnya menonton cerita seram ,sebabnya bila dia tengok cerita seram dia tengok dengan selambanya,mata atau muka dia tak tutup pun bila part seram,lagi dia buka matanya besar-besar  adalah takut terlepas setiap adegan seram itu,yang kita emaknya ini siaplah pegang bantal tutup muka.

Tapi masa dia tengok cerita drama " Love you Mr.Arrogant "ni,adegan cemas sikit semalam tu kan,dia pun cemas juga kehulur-hilir depan tv,gaya macam nak meyelamatkan si zara tu juga,haiiish lemas pula emaknya ni menengok nak tergelak pun ada juga ha ha ha.Bila cerita kat Encik.Hubby dia tersengih je.Alahai Ragam anak,macam -macam kan :)







Ini Gambar Naufal masa umur 5 tahun satu Mr.Charming ,yang satu lagi Mr.Arrogant


4 comments:

  1. Kelakar la naufal.. semangat dia tgk LUMA. Masa balik hari tu ruby dah pegang letak pegang ketak dah novel LUMA. memandangkan dah byk buku yg dah dibeli dgn berat hati melepaskan novel tu...byk sgt buku karang takut berat sgt beg nk naik keterbang!

    ReplyDelete
  2. ya rabbi gambar last tu takleh blah hokehh!!!

    ReplyDelete
  3. Ruby-tak payah baca dah kot novel dia,sebab kalau baca nanti terrbayang pekaon dia masa baca,kak jana lebih suka dah baca baru tengok drama,boleh bayang muka watak tu sendiri hu hu

    Ochu-kaaaan gambar tu memang klasik lah bila dia dah besar nanti

    ReplyDelete
  4. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete